Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan Zilzar.com, platform e-dagang Pasaran Gaya Hidup Islam pertama dunia, bagi perdagangan, kandungan dan komuniti untuk pasaran pengguna Islam yang bernilai US$2.5 trilion.
Beliau berharap Zilzar.com boleh berjaya seperti Alibaba di pasaran China, yang mana bakal merancak dan melonjakkan lagi dagangan halal di peringkat global.
"Persekitaran dan keadaan adalah sempurna bagi perkongsian inovatif baharu ini untuk pertumbuhan ekonomi," kata Najib pada pelancaran rasmi Zilzar.com bersempena dengan Forum Ekonomi Islam Sedunia (WIEF) Ke-10, di sini, hari ini.
Najib juga berkata terdapat lebih 1.8 bilion orang Islam yang tinggal di 150 negara di seluruh dunia, dan minat mereka terhadap e-dagang semakin meningkat.
Turut hadir di majlis itu ialah bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi ZILZAR Datuk Dr Vaseehar Hassan Abdul Razack.
Perdana Menteri berkata pasaran Islam lebih besar berbanding pasaran China dan berkembang lebih pantas berbanding gabungan Amazon dan e-Bay.
"Zilzar.com bagi sektor gaya hidup orang Islam boleh menjadi seperti Alibaba dalam pasaran China, mewujudkan perniagaan dan pekerjaan baharu dan membawakan kewangan Islam ke pasaran baharu," kata beliau.
Mengenai Zilzar.com, Najib berkata platform dalam talian baharu itu direka bentuk bagi memudahkan peniaga halal di seluruh dunia menjalankan perniagaan secara dalam talian dengan efisien dan beretika.
"Ia adalah percuma, dan akan menghubungkan berjuta-juta pengguna, di samping menawarkan perniagaan kepada sebahagian daripada pasaran gaya hidup Muslim yang bernilai US$2.5 trilion," kata beliau.
"Industri halal merangkumi segalanya daripada makanan sehinggalah kepada farmaseutikal. Tetapi perusahaan kecil dan sederhananya tersebar di seluruh dunia.
"Mereka mahukan hubungan yang lebih baik, bagi mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan ringkas tentang akses dan peluang pasaran," kata Najib yang juga penaung WIEF.
Dengan tema WIEF tahun ini yang menumpukan kepada 'Perkongsian Inovatif bagi Pertumbuhan Ekonomi', beliau berkata Zilzar.com merupakan contoh terbaik bagi perkongsian seumpama itu untuk kepentingan bersama industri halal dan kewangan Islam.
"Penggabungan yang sepatutnya telah lama dilakukan yang boleh merangsang ekonomi Islam bagi dekad-dekad akan datang," kata Najib.
Secara keseluruhannya, Perdana Menteri berkata ekonomi pasaran halal bernilai US$7 trilion, blok ekonomi keempat terbesar di dunia.
"Dan dengan menghimpunkan bersama dua aspek paling tersendiri, kita boleh memanfaatkan peluang ekonomi baharu, bagi rakyat kita, perniagaan kita dan negara-negara kita.
"Halal mengeratkan hubungan orang Islam di seluruh dunia, dan juga membentuk sebahagian daripada identiti kita tetapi ia juga mempunyai daya tarikan yang lebih meluas," kata beliau.
Di Malaysia, barangan dan perkhidmatan yang diperakui halal ada di mana-mana dan "ia digunakan oleh setiap orang, tanpa mengira agama."
"Malahan, kepelbagaian kita merupakan satu daripada alasan Malaysia begitu menonjol di pasaran halal global.
"Kami biasanya mengeluarkan produk yang bukan sahaja patuh Syariah tetapi juga mesra pengguna dan membina institusi untuk menyokong mereka.
"Ia termasuk kewangan Islam," kata beliau sambil menambah Malaysia melancarkan sukuk berdaulat pertama dunia sedekad lalu.
Jumlah aset kewangan global industri kewangan Islam kini dianggarkan bernilai lebih daripada US$2 trilion.
"Ia membawa peluang baharu bagi pelabur, perniagaan dan negara," kata Najib yang sedang dalam rangka lawatan kerja selama tiga hari ke Dubai mulai 28 Okt bersempena dengan WIEF Ke-10.
Dengan menyatakan bahawa perbankan Islam tidak terjejas oleh krisis kewangan global, Najib menambah ia sepatutnya kini mempunyai mandat dan keyakinan untuk maju kehadapan dan mengukuhkan kedudukan dalam perbankan dunia.
Ketika ekonomi Islam global semakin matang, dua sektor utama ini, barangan halal dan kewangan Islam - telah mewujudkan satu kelas aktiviti ekonomi yang baharu, kata beliau.
Bernama
Wed Oct 29 2014
Najib melancarkan Zilzar.com, platform e-dagang Pasaran Gaya Hidup Islam pertama dunia untuk pengguna Islam, yang bernilai US$2.5 trilion. -Gambar fail
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
PKS tempatan rekod RM400 juta jualan e-dagang
Selain itu Lebih 30,000 MSMEs menyertai platform e-dagang di bawah kempen E-Dagang MSMEs PENJANA yang dilaksanakan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).