SINGAPURA: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura adalah antara topik yang disuarakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika perbincangan dua hala secara tidak rasmi bersama rakan sejawatnya Lee Hsien Loong hari ini.
Perdana Menteri berada di sini bagi lawatan kerja sehari, antara lain bagi menghadiri undangan badan pemikir, Milken Institute, untuk berkongsi pandangan dalam usaha menarik pelaburan dari luar negara ke Malaysia.
"Perbincangan secara persahabatan. Tentu kita bincangkan perkara yang menyentuh kedua-dua negara, tetapi tidak rasmi. Saya tentu membangkitkan isu-isu lain termasuk cadangan kawasan khas (di Johor) bagi pengurus syarikat asing yang bekerja di Singapura," katanya kepada media Malaysia pada akhir lawatan kerja itu.
Anwar berkata pada masa akan datang, kawasan itu akan menjadi alternatif kepada pengurus syarikat global berpangkalan di Singapura untuk menetap.
"Kawasan ini akan memudahkan perjalanan mereka. Hidup dalam keadaan yang lebih selesa, suasana yang lebih baik dengan kemudahan termasuk sekolah antarabangsa, kelab golf dan perjalanan yang mudah melalui Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua)," katanya.
Perdana Menteri menjelaskan, beliau turut menerima banyak pertanyaan mengenai idea zon khas itu dalam perjumpaan terdahulunya bersama pelabur global hari ini.
"Saya telah menyatakan kepada pelabur bahawa kos pengurusan terlalu tinggi (di Singapura). Mereka boleh terus bekerja di Singapura dan menetap di Johor," katanya.
Malaysia dan Singapura pada Julai telah bersetuju untuk mewujudkan pasukan petugas khas bagi mengkaji penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura.
Pasukan petugas khas itu akan melaporkan perkembangannya kepada para pemimpin apabila mereka mengadakan pertemuan ketika Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura akan datang yang dijadualkan pada Oktober ini.
Kali pertama lawatan Anwar sebagai Perdana Menteri ke Singapura adalah pada Januari lepas.
Ketika ditanya berkenaan lawatan beliau ke New York, Anwar berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan pelabur besar di Amerika Syarikat dan di peringkat global.
Beliau juga akan menemui Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan dalam usaha untuk menangani isu Islamofobia di arena global.
"Mesyuarat bilateral juga saya akan adakan yang akan diumumkan sebelum saya bertolak nanti," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 13 2023
YAB Perdana Menteri, Dato Seri Anwar Ibrahim berjumpa Perdana Menteri Singapura untuk sesi minum petang di Istana Singapura, 13 September, 2023. - Sumber foto Sadiq Asyraf/Pejabat Perdana Menteri
Tangani penyalahgunaan dadah di tempat kerja perlu jadi agenda utama majikan - AADK
Majikan disaran menjadikan usaha menangani isu penyalahgunaan dadah sebagai agenda utama bagi membantu mewujudkan persekitaran selamat di tempat kerja.
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
JS-SEZ dijangka ditandatangani 9 Disember depan - Onn Hafiz
Perjanjian Bersama Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) di antara Malaysia dengan Singapura dijangka ditandatangani pada 9 Disember depan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Malaysia dan Singapura bincang percepat penubuhan JS-SEZ, kukuh hubungan dua hala
Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri bagi Iskandar Malaysia (JMCIM) mengadakan mesyuarat khas di sini hari ini
Perjanjian Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dimuktamad akhir tahun ini
Kerajaan kedua-dua negara akan memuktamad dan memperhalusi butiran perjanjian semasa sesi bengkel yang dijadualkan berlangsung dari 28 hingga 30 Ogos.
Pertumbuhan KDNK dijangka lebih tinggi daripada unjuran BNM
Pertumbuhan KDNK dijangka mencapai tahap tertinggi daripada yang disasarkan antara empat hingga lima peratus oleh Bank Negara Malaysia pada 2024, menurut Penyelidikan Perbendaharaan dan Pasaran CIMB.
JS-SEZ sebagai platform alih tumpuan pelaburan ke Vietnam kepada Malaysia - Rafizi
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) boleh menjadi platform untuk mengalihkan tumpuan pelaburan yang sebelum ini terarah ke Vietnam kepada Johor dan Singapura.
Kerajaan Johor mohon pewujudan majlis pembangunan bakat negeri
Majlis berkenaan akan dapat memastikan semua agensi terlibat, sama ada di peringkat pusat atau negeri, berkolaborasi dengan baik di Johor.
JS-SEZ ada potensi, ramuan untuk berjaya - Lawrence Wong
Johor dan Singapura mempunyai potensi dan ramuan mencukupi untuk mencapai kejayaan dalam Zon Ekonomi Khas (SEZ) yang telah dimeterai kedua-dua pihak.
PM dijangka umum insentif, pengecualian cukai JS-SEZ dalam Belanjawan 2025 - Ahmad Zahid
Insentif berhubung pelaksanaan inisiatif Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka akan diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada pembentangan Belanjawan 2025.
Penyiapan HSR Singapura-KL antara tugas Perdana Menteri baharu Lawrence Wong
Wong dijangka mengutamakan perjanjian dan inisiatif sedia ada serta melonjakkannya ke tahap lebih tinggi seperti pembangunan JS-SEZ.
JS-SEZ dijangka dibangunkan di Iskandar Malaysia dan Pengerang - Onn Hafiz
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ) dijangka dibangunkan di kawasan Iskandar Malaysia dan Pengerang melibatkan keluasan 3,505 kilometer persegi.