awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1,300 kedai musnah dalam kebakaran dahsyat di Kolkata, India

Bernama
Bernama
16/06/2025
14:00 MYT
1,300 kedai musnah dalam kebakaran dahsyat di Kolkata, India
Kebakaran tercetus awal pagi Isnin di Pasar Khidirpur yang berusia 150 tahun, terletak di Kolkata, ibu negeri Bengal Barat.
NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 1,300 kedai musnah dalam satu kebakaran dahsyat yang berlaku pada Isnin di sebuah pasar di bandar raya Kolkata, timur India, menurut pegawai, lapor Xinhua.
Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporkan dalam insiden itu.
Kebakaran tercetus awal pagi Isnin di Pasar Khidirpur yang berusia 150 tahun, terletak di Kolkata, ibu negeri Bengal Barat.
Susulan kejadian itu, pihak berkuasa mengerahkan 20 jentera bomba ke lokasi kejadian bagi mengawal kebakaran dan mengelakkannya daripada merebak ke kawasan berdekatan.
Seorang pegawai kanan perkhidmatan bomba berkata kebakaran merebak dengan cepat disebabkan kawasan pasar yang sangat padat. Wujudnya bahan mudah terbakar seperti guni, minyak masak dan mentega di gudang berhampiran turut memburukkan keadaan, katanya.
Polis membuka kertas siasatan bagi mengenal pasti punca kebakaran. Litar pintas dipercayai menjadi penyebab utama kebakaran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#litar pintas
#minyak masak
#kebakaran
#kertas siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami