awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat

Yasmin Natasha
Yasmin Natasha
01/02/2026
15:00 MYT
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
ACP Shamsudin Mamat berkata, individu berkenaan hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan berada dalam keadaan selamat. - Bernama
KUALA LUMPUR : Seorang pelajar Universiti Malaya (UM), Nawal Shahirah Mohd Jamil, 23, yang dilaporkan hilang sebelum ini ditemui selamat dan kini menerima rawatan psikiatri di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Shamsudin Mamat berkata, individu berkenaan hadir sendiri ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum disahkan berada dalam keadaan selamat.
Menurutnya, semakan polis dengan pihak HKL mengesahkan individu terbabit menerima rawatan psikiatri di hospital berkenaan.
"Individu berkenaan telah masuk ke hospital sendiri pada 28 Januari lalu bagi mendapatkan rawatan.
"Keadaannya dilaporkan baik dan kini ditempatkan di wad untuk pemerhatian kesihatan mental,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, hasil maklumat diperoleh mendapati individu terbabit dipercayai mengalami tekanan emosi susulan kematian ahli keluarga terdekat iaitu ibunya.
Sebelum ini, media melaporkan, pelajar dikenali sebagai Nawal Shahirah dilaporkan hilang selepas kali terakhir dilihat di sebuah kondominium berhampiran Jalan Profesor Diraja Ungku Aziz, Seksyen 14, di sini, Selasa lalu.
Pihak polis dilaporkan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek termasuk pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) kediaman pelajar Universiti Malaya.
Topic Berkaitan
#orang hilang
#Nawal Shahirah
#tekanan
#Hospital Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan