JAKARTA: Sekurang-kurangnya 10 anggota polis cedera dalam kejadian letupan yang menggegarkan Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis Indonesia di Surabaya, Jawa Timur pada Isnin.
Ketua Polis Jawa Timur Inspektor Jeneral Imam Sugianto berkata individu yang cedera adalah antara sekumpulan 15 anggota yang menjalani latihan di kemudahan tertutup berhampiran gudang sementara yang meletup.
Kesemua anggota yang cedera menjalani rawatan semalaman untuk pemerhatian di hospital sebelum dibenarkan keluar pada Selasa.
"Pemeriksaan di tempat kejadian mendapati serpihan kaca bertaburan yang mengenai anggota kami," katanya yang dipetik akhbar tempatan, detikJatim.
Imam berkata letupan yang dicetuskan oleh sisa bahan letupan mortar berlaku pada 10.19 pagi waktu tempatan, menyebabkan kerosakan pada ruang pejabat dan kenderaan.
Sisa mortar itu yang sebelum ini ditemui dan dipindahkan dari kawasan perumahan sedang menunggu untuk dimusnahkan.
Beliau berkata siasatan awal mendapati letupan itu disebabkan oleh suhu tinggi daripada cuaca panas.
Sebanyak empat ambulans polis digunakan untuk membawa anggota yang cedera ke Hospital Bhayangkara Surabaya.
Sementara itu seorang peniaga di medan selera berhampiran, Hartati berkata beliau terdengar tiga bunyi letupan dengan yang terakhir paling kuat.
Letupan itu menggegarkan tingkap di rumah berhampiran dan pihak berkuasa bersiap sedia untuk membantu penduduk yang rumah mereka terjejas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 05 2024
Individu yang cedera adalah antara sekumpulan 15 anggota yang menjalani latihan di kemudahan tertutup berhampiran gudang sementara yang meletup. - Gambar hiasan
Anwar bertemu PM Qatar, zahirkan kesediaan Malaysia beri rawatan kepada rakyat Palestin
Perkara itu dimaklumkan oleh Anwar kepada Perdana Menteri Qatar Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al Thani pada pertemuan dua hala.
Lelaki ditahan bantu siasatan kematian pemuda Orang Asli
Suspek berusia 38 tahun itu telah memandu kenderaan dan membawa mangsa yang didakwa terkena peluru sesat ke Balai Polis Sungai Koyan.
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
10 anggota polis cedera dalam letupan di markas Brimob Surabaya
Sekurang-kurangnya 10 anggota polis cedera dalam kejadian letupan yang menggegarkan Markas Briged Bergerak (Brimob) Polis Indonesia di Surabaya, Jawa Timur pada Isnin.