awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 pakar dikerah bantu usaha menyelamat pelombong terperangkap

Bernama
Bernama
29/07/2023
09:56 MYT
10 pakar dikerah bantu usaha menyelamat pelombong terperangkap
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lebih 220 anggota Basarnas, polis dan tentera telah dikerah di Pancurendang. -Media sosial
JAKARTA: Agensi penyelamat Indonesia, Basarnas telah menghantar sepasukan 10 pakar ke Jawa Tengah susulan insiden lapan pelombong emas terperangkap sedalam 60 meter di lombong haram di Pancurendang, Banyumas sejak Rabu.
Ketua Basarnas Daerah Cilacap, Adah Sudarsa berkata, masyarakat setempat dan anggota keluarga turut giat membantu menjelang hari keempat misi mencari dan menyelamat.
"Kami berharap keseluruhan proses pemindahan berjalan lancar," kata Sudarsa dalam satu kenyataan.
Operasi mencari dan menyelamat melibatkan lebih 220 anggota Basarnas, polis dan tentera telah dikerah di Pancurendang.
Objektif utama pasukan penyelamat adalah untuk mengepam air Objektif utama pasukan penyelamat adalah untuk mengeluarkan air di dalam lubang perlombongan sedalam 60 meter dan lima pintu masuk air berdekatan. Untuk mencapai matlamat ini, mereka menggunakan 13 mesin pam.
Lapan pelombong itu dilaporkan terperangkap sejak Rabu 7 pagi waktu Indonesia Barat, apabila air membanjiri kawasan itu.
Sementara itu, Polis Banyumas sudah menahan tiga individu berhubung kejadian itu dan kini sedang menjejaki seorang lagi suspek.
Kesemua suspek adalah penduduk Ajibarang dan berdepan pertuduhan melanggar Undang-undang No. 3 Tahun 2020 tentang Pindaan Undang-Undang No. 4 Tahun 2009 Pertambangan Mineral dan Perlombongan.
Ketiga-tiga suspek yang dikenal pasti sebagai pemilik tanah, pemilik tapak, pelabur dan pengendali lombong didakwa bertanggungjawab terhadap aktiviti melombong emas secara haram di kawasan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lombong haram
#pasukan penyelamat
#Pancurendang Banyumas
#10 pakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan