KERALA : Gara-gara bimbang hubungan tidak direstui kerana perbezaan agama, seorang lelaki bertindak menyembunyikan kekasihnya di dalam rumah ibu bapanya di Ayiloor, Kerala sejak 10 tahun lalu.
Portal tempatan India Times melaporkan, wanita itu hanya keluar pada waktu malam untuk ke tandas dan terperap dalam bilik kekasihnya sepanjang masa.
Wanita yang dikenali sebagai Sajitha, 28, itu dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar bertemu saudaranya, 10 tahun lalu.
Pun begitu, pencarian wanita itu tidak menemui sebarang petunjuk termasuk ada yang menyangka dia sudah meninggal dunia.
Kekasihnya, Rahman Khani, 34, akan mengunci pintu bilik itu setiap kali dia keluar dan Sajita pula akan menggunakan tingkap bilik itu untuk keluar pada waktu malam tanpa diketahui sesiapa.
Dia juga mengakui memasang pagar elektrik di kawasan biliknya bagi mengelak keluarganya mengetahui dia tinggal bersama kekasihnya.
Bukan itu sahaja, lelaki itu juga tidak lagi makan bersama keluarganya sejak 10 tahun dan membawa makanan dalam jumlah yang besar ke dalam bilik untuk dimakan.
Melihat perubahannya itu, ahli keluarga Rahman menyangka dia sudah tidak siuman.
Perkara itu terbongkar apabila, pasangan itu mengambil keputusan untuk berpindah ke rumah sendiri tanpa memaklumkan kepada keluarga Rahman.
Menyedarinya anaknya tidak pulang ke rumah, ibu bapa Rahman membuat laporan polis tentang kehilangannya.
Baru-baru ini, polis menemui Rahman di sebuah perkampungan Nemara, tidak jauh dari rumah keluarganya.
Soal siasat yang dijalankan polis, dia mengaku tinggal bersama kekasihnya dalam bilik tidur di rumah keluarga tanpa diketahui sesiapa.
Pun begitu, dalam satu lagi portal tempatan On Manorama, ibu bapa Rahman, Muhammed Karim dan Aathika menafikan berita kononnya anak lelakinya tinggal bersama kekasih di bilik rumah mereka selama 10 tahun.
"Struktur dinding bilik Rahman adalah hanya separuh. Ini bermakna jika ada kelibat mana-mana individu di dalam, kita boleh nampak," katanya.
Malah, katanya, bumbung bilik Rahman juga diubahsuai tiga tahun lalu.
Agensi
Mon Jun 14 2021
Wanita itu hanya keluar pada waktu malam untuk ke tandas dan terperak dalam bilik kekasihnya sepanjang masa. - Gambar India Times
Denmark buka semula kedutaan di Malaysia, perkukuh hubungan menjelang Kepengerusian ASEAN 2025
Kedutaan Denmark di Malaysia, yang ditutup pada 2021 semasa pandemik COVID-19, telah memulakan semula operasinya pada Ogos 2024.
Polis tahan 10 lelaki disyaki curi kabel TM
Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun itu ditahan bersama 54 batang potongan kabel yang berlabel Telekom, tiga kereta jenis Proton Wira dan beberapa peralatan pemotong kabel.
Pengarah FBI, Chris Wray akan letak jawatan pada akhir pentadbiran Biden, beri laluan pada pilihan Trump
Sebahagian pihak dalam FBI bimbang peletakan jawatan Wray itu akan membuatkan Trump menjadi terbiasa untuk sering menggantikan Pengarah FBI yang tidak disukainya.
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Tiada alasan dikemukakan Naib Presiden Pas itu berhubung keputusannya melepaskan jawatan berkenaan.
Arab Saudi sah tuan rumah Piala Dunia 2034 - FIFA
Sepanyol, Portugal dan Maghribi pula akan menjadi tuan rumah bersama untuk kejohanan bola sepak dunia itu pada 2030.
Kurang kesedaran punca ramai rakyat Malaysia menderita kerana COPD
Penyakit Pulmonari Obstruktif Kronik menimpa sebahagian besar populasi dunia dan merupakan punca kematian tertinggi di seluruh dunia dengan 3.23 juta kematian pada 2019.
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Victor mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Zii Jia
Victor Malaysia dalam kenyataan dimuat naik di akaun X, mengakui kesilapan dan kesal dengan insiden berkenaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Tiada bukti kaitkan Modi dengan aktiviti jenayah di Kanada - Pegawai
Kerajaan Kanada tidak menemui sebarang bukti untuk mencadangkan Perdana Menteri India mengetahui tentang jenayah yang dilakukan oleh ejen India di Kanada.
Xi, Modi adakan pertemuan rasmi pertama dalam tempoh 5 tahun
Kedua-dua pemimpin bertemu dalam pertemuan rasmi pertama mereka dalam tempoh lima tahun di luar Sidang Kemuncak BRICS di Kazan, Rusia.
Malaysia gesa kesimpulan awal bagi semakan AITIGA - PM Anwar
Anwar menekankan keperluan untuk memupuk persekitaran perniagaan yang kondusif dan mengukuhkan perdagangan dan pelaburan dua hala.
Pemimpin Asia Selatan ucap tahniah kepada presiden baharu Sri Lanka
Pemimpin Asia Selatan mengucapkan tahniah kepada Anura Kumara Dissanayake atas pemilihannya sebagai presiden baharu Sri Lanka pada Ahad.
Modi seru hormati undang-undang maritim antarabangsa
Perdana Menteri India Narendra Modi pada Rabu menyeru agar perjanjian maritim antarabangsa - Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-Undang Laut (UNCLOS) - dihormati.
MoU baharu atasi masalah ketidaktelusan, eksploitasi pengambilan pekerja - Steven Sim
Steven Sim menjelaskan pemeteraian MoU mengenai pengambilan pekerja asing dari India bukan bertujuan untuk menambah kemasukan.
Apa signifikan lawatan Perdana Menteri ke India?
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India pada dari 19 hingga 21 Ogos lalu membawa hasil yang signifikan bagi Malaysia.
Lawatan PM Anwar ke India jana potensi perdagangan RM8 bilion, pelaburan RM4.5 bilion
Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke India berjaya meraih potensi perdagangan dan pelaburan masing-masing RM8 bilion dan RM4.5 bilion.
India sokong penyertaan Malaysia dalam BRICS - PM Anwar
India menyokong penyertaan Malaysia dalam blok ekonomi BRICS, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar bertemu tiga syarikat gergasi India
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan tiga syarikat gergasi korporat India iaitu Tata Group, Emami Agro Tech Limited dan HCL Technologies, pada Selasa.