awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024

Bernama
Bernama
05/01/2025
06:15 MYT
10 wartawan terkorban di Gaza pada Disember 2024
Menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS), Tentera Israel melakukan 84 pelanggaran dan jenayah terhadap wartawan Palestin bulan lepas. - Gambar/ AP
RAMALLAH: Sepuluh wartawan Palestin terbunuh dalam serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada Disember 2024, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik sebuah kumpulan media pada Sabtu.
Menurut Palestinian Journalists Syndicate (PJS), Tentera Israel melakukan 84 pelanggaran dan jenayah terhadap wartawan Palestin bulan lepas.
Israel "terus menggunakan kaedah menyasarkan wartawan Palestin sehingga ke tahap melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap mereka," kata PJS.
PJS berkata lapan ahli keluarga wartawan terbunuh, tiga rumah petugas media musnah, dan lima wartawan mengalami kecederaan parah akibat serpihan peluru dan tembakan.
Menurut PJS, 20 wartawan berdepan penahanan dan dilarang daripada membuat liputan, manakala tujuh lagi dipenjarakan. Selain itu, terdapat 11 insiden peluru hidup ditembak ke arah wartawan yang didokumentasikan.
Sepuluh wartawan mengalami serangan fizikal yang teruk, manakala tiga kes kerosakan peralatan dan kecurian dilaporkan di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.
Kenyataan pada 3 Jan oleh Pejabat Media Gaza memaklumkan jumlah wartawan yang terbunuh dalam serangan tentera Israel ke atas Gaza sejak 7 Okt 2023 telah meningkat kepada 202 orang.
Tentera Israel meneruskan serangan genosid ke atas Gaza yang telah meragut lebih 45,600 nyawa, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, sejak 7 Okt 2023, meskipun terdapat resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang menyeru gencatan senjata segera.
-- BERNAMA
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#Gaza
#kekejaman israel
#wartawan terkorban
#wartawan dibunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan