awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel

Bernama
Bernama
30/12/2023
02:30 MYT
106 wartawan terbunuh di Gaza dalam tempoh 84 hari serangan Israel
Kereta kebal Israel menembak ke arah Gaza, di tengah-tengah konflik berterusan antara Israel dan Hamas, di sempadan Israel-Gaza, selatan Israel, 27 Dis 2023. - Gambar fail REUTERS
GAZA: Tentera Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu.
Pejabat Media Gaza memaklumkan seorang lagi wartawan TV Al-Quds terbunuh dalam serangan di Kem Pelarian Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza, menjadikan jumlah pengamal media yang terbunuh kepada 106 orang.
Dalam satu kenyataan sebelum ini, pejabat itu berkata Israel sengaja membunuh wartawan di Gaza untuk menutup naratif Palestin, menyembunyikan kebenaran dan menghalang berita serta maklumat daripada tersebar ke peringkat antarabangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wartawan terbunuh
#Gaza
#Israel
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan