DHAKA: Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera disambar petir di Bangladesh sejak dua hari lepas, menurut laporan pada Jumaat.
Kejadian terbaharu dilaporkan di daerah barat daya Khulna yang meragut nyawa dua beradik manakala sembilan lagi kematian dilaporkan pada Khamis di daerah utara Sirajganj.
Kekerapan kematian akibat disambar petir telah mencetuskan kebimbangan.
"Kami bimbang nak keluar rumah kalau hujan atau cuaca ribut sebab takut petir," kata Md Rashedul Islam, penduduk kawasan Mirpur, di Dhaka kepada Agensi Anadolu.
Beliau berkata penduduk akan naik ke bumbung ketika hujan untuk mandi dan bermain hujan, tetapi sekarang aktiviti itu jarang dilihat.
Menurut rekod Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, lebih 3,000 terbunuh akibat disambar petir di Bangladesh sejak 2011. Sekurang-kurangnya 362 orang terbunuh pada 2021, pada Jun sahaja 31 mangsa maut.
Data menunjukkan hampir 70 peratus kematian direkodkan di negara yang terjejas akibat perubahan iklim antara April dan Jun.
Pencinta alam sekitar berkata penanaman pokok secara besar-besaran di negara itu sangat berkesan membantu melindungi warga Bangladesh daripada panahan petir di samping langkah pencegahan lain.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 10 2022

Data menunjukkan hampir 70 peratus kematian direkodkan di negara yang terjejas akibat perubahan iklim antara April dan Jun. - Gambar hiasan

Tindakan segera perlu, lindungi hidupan liar dan pengguna jalan raya - Lee Lam Thye
Lintasan hidupan liar merupakan infrastruktur penting yang boleh membantu mengurangkan insiden tragis haiwan dilanggar oleh kenderaan.

Nanostix seru kerajaan negeri fokus penguatkuasaan, bukan pengharaman vape
Nanostix menyuarakan kebimbangan terhadap tindakan beberapa kerajaan negeri mengharamkan penjualan vape walaupun Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam (Akta 852) telah diluluskan.

Terima kasih JDT, jumpa lagi nanti - Ruo Han
Ttonggak tengah JDT, Ruo Han memuat naik salam perpisahan kepada pasukan itu selepas tujuh tahun bersama Johor Darul Ta'zim (JDT).

Exco Terengganu, dua anak bergraduasi MBA bersama
Exco Terengganu, Datuk Razali Idris telah menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam bersama dua anaknya.

Pemilihan PKR 2025 asas penting hadapi PRU16 - Rafizi
Pemilihan PKR 2025 adalah asas penting ke arah memperkuatkan parti dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16), kata Rafizi.
AWANI Ringkas: Polis siasat dakwaan vokalis kumpulan muzik 'skinhead' dipukul
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PM Anwar ke Rusia esok, penuhi jemputan Presiden Putin
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia bermula 13 hingga 16 Mei ini bagi memenuhi undangan Presiden Vladimir Putin.
Trump akan tandatangani perintah eksekutif kurangkan harga ubat sehingga 80 peratus
Presiden AS Donald Trump mengumumkan perintah eksekutif untuk mengurangkan harga ubat preskripsi sehingga 80%, menyifatkannya sebagai antara perintah eksekutif paling penting dalam sejarah negara.
Pope Leo XIV seru gencatan senjata segera di Gaza
Pope Leo XIV menyeru gencatan senjata segera di Gaza dan melahirkan rasa dukacita terhadap situasi kemanusiaan yang semakin meruncing, dalam ucapan pertamanya selepas dilantik sebagai Paus.
Cuaca panas melampau uji ketahanan jemaah di tanah suci
Pihak berkuasa Arab Saudi menjangkakan suhu melampau mencecah antara 45 hingga 50 darjah Celsius di Makkah, membahayakan kesihatan jemaah haji. Langkah keselamatan disarankan untuk mengatasi cabaran ini.

19 maut dipanah petir di Bihar, India
Hujan lebat dan ribut petir disertai panahan petir melanda negeri itu dalam tempoh 24 jam yang lepas, menjejaskan 10 daerah.

Hujan berterusan di Pantai Timur dan utara Semenanjung sehingga 22 Nov - MetMalaysia
Ia berdasarkan analisis model-model cuaca yang menjangkakan luaran monsun berlaku sehingga tempoh tersebut.

15 terbunuh dipanah petir di barat Bengal India
Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dipanah petir di negeri barat Bengal di timur India, kata pegawai pada Jumaat, lapor Xinhua.

Elak berada di kawasan lapang semasa kilat dan petir - JPBN Sabah
Jauhi kawasan lapang terbuka seperti padang bola sepak sekiranya berlaku kilat ataupun petir.

11 maut disambar petir di Bangladesh
Menurut rekod Kementerian Pengurusan Bencana dan Bantuan, lebih 3,000 terbunuh akibat disambar petir di Bangladesh sejak 2011.

Hampir keseluruhan negara berdepan dengan ribut petir sepanjang minggu ini - METMalaysia
Keadaan cuaca ribut petir dijangka berlaku di kawasan pantai barat Semenanjung Malaysia, utara Sarawak dan barat Sabah pada sebelah pagi.

Ribut petir: Orang ramai perlu sentiasa peka situasi cuaca - MetMalaysia
Orang ramai juga perlu memastikan mereka mencari kawasan perlindungan dan tidak duduk di kawasan terbuka serta berisiko disambar petir.

16 wakil rombongan pengantin lelaki maut disambar petir
Insiden berlaku pada Rabu ketika rombongan pengantin lelaki dalam perjalanan ke rumah pengantin perempuan di Shibganj.

Hampir 70 maut disambar petir di India
Hujan lebat dan petir yang melanda Uttar Pradesh, Rajasthan dan Madhya Pradesh mengorbankan hampir 70 orang serta mencederakan ramai yang lain dalam tempoh 24 jam, kata pegawai pada Isnin.

Ribut petir, hujan lebat di utara Semenanjung hingga Isnin
Kawasan terlibat ialah Perlis, Pulau Pinang, Kedah (Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Yan, Pendang, Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu), selain Kerian, Larut Matang dan Selama di Perak.