INTERNATIONAL
117 rakyat Indonesia gagal masuk Arab Saudi, cuba guna visa kerja tunai haji

Pihak berkuasa Arab Saudi kini memperketatkan pemeriksaan terhadap jemaah yang masuk secara tidak sah dengan hukuman denda sehingga RM125,000 serta tindakan pengusiran. - Gambar fail/ Reueters
JAKARTA: SERAMAI 117 rakyat Indonesia dilaporkan dihalang masuk ke Arab Saudi selepas didapati cuba menunaikan ibadah haji menggunakan visa kerja.
Ringkasan AI
- Seramai 117 rakyat Indonesia dihalang masuk ke Arab Saudi selepas dikesan cuba menunaikan haji menggunakan visa kerja, termasuk warga emas yang memegang visa pekerja binaan.
- Sejak 3 hingga 15 Mei, lebih 300 rakyat Indonesia dilaporkan tiba di Arab Saudi menggunakan visa kerja dan lawatan untuk menunaikan haji secara tidak sah.
- Pihak berkuasa Arab Saudi mengetatkan kawalan dan mengenakan denda sehingga RM125,000 serta pengusiran terhadap jemaah tanpa visa haji sah. Konsulat Indonesia menyeru rakyatnya mematuhi peraturan dan hanya guna visa haji yang sah.
“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati mereka sebenarnya berniat menunaikan haji,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Tambah Yusron, sepanjang tempoh 3 hingga 15 Mei lalu lebih 300 rakyat negara itu dilaporkan tiba di beberapa lapangan terbang antarabangsa Arab Saudi menggunakan visa kerja dan visa lawatan bagi tujuan menunaikan ibadah haji secara tidak sah.
Dilaporkan, pihak berkuasa Arab Saudi juga kini memperketatkan pemeriksaan terhadap jemaah yang masuk secara tidak sah dengan hukuman denda sehingga RM125,000 serta tindakan pengusiran.
“Haji adalah ibadah suci dan wajib dilaksanakan mengikut kaedah betul serta sah di sisi undang-undang.
“Justeru, kami menyeru agar semua rakyat mematuhi peraturan dan hanya menggunakan visa haji yang sah untuk menunaikan ibadahn di tanah suci,” katanya lagi. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami