awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai Minnesota dakwa FBI halang siasatan kes tembakan ejen ICE
Mayat wanita dijumpai terapung di kolam tadahan Shah Alam
Ahli politik maut ditembak di ibu negara Bangladesh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 anggota polis maut helikopter ditembak ketika musnahkan ladang kokain

Agensi
Agensi
22/08/2025
07:50 MYT
12 anggota polis maut helikopter ditembak ketika musnahkan ladang kokain
Petro menggesa agar kumpulan bersenjata termasuk kartel dadah dan puak penentang perjanjian damai diisytiharkan sebagai organisasi pengganas yang boleh didakwa di mana-mana sahaja di seluruh dunia. - Gambar/ Reuters
VALLEDUPAR: Sekurang-kurangnya 12 anggota Polis Colombia terbunuh selepas sebuah helikopter yang digunakan dalam operasi memusnahkan ladang daun kokain ditembak jatuh di wilayah Antioquia pada Khamis.

Ringkasan AI
  • Sebuah helikopter polis ditembak jatuh ketika menjalankan operasi memusnahkan ladang daun kokain di wilayah Antioquia, menyebabkan 12 anggota polis terbunuh dan dua lagi cedera.
  • Pada hari sama, satu letupan bom kereta berhampiran pangkalan udara tentera di bandar Cali mengorbankan enam orang dan mencederakan 71 yang lain.
  • Kedua-dua serangan dipercayai dilakukan oleh kumpulan penentang perjanjian damai 2016 yang terdiri daripada bekas anggota FARC. Presiden Colombia, Gustavo Petro, menggesa agar kumpulan bersenjata ini diisytiharkan sebagai organisasi pengganas.

Menurut pihak berkuasa tempatan, helikopter berkenaan sedang menjalankan operasi pemusnahan tanaman haram di kawasan perbandaran Amalfi.
Dalam kejadian itu, dua lagi anggota cedera.
Presiden Colombia, Gustavo Petro, pada awalnya melaporkan lapan kematian, namun angka korban meningkat kepada 12 selepas pengesahan lanjut oleh pihak berkuasa tempatan.
Dalam insiden berasingan pada hari yang sama, satu letupan bom kereta berhampiran pangkalan udara tentera di bandar Cali mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 71 yang lain.
Kedua-dua serangan yang mengorbankan keseluruhan 18 nyawa dan mencederakan lebih 70 orang itu dipercayai dilakukan oleh kumpulan penentang perjanjian damai 2016 yang merupakan bekas anggota kumpulan pemberontak Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia (FARC)
Susulan keganasan tersebut, Petro menggesa agar kumpulan bersenjata termasuk kartel dadah dan puak penentang perjanjian damai diisytiharkan sebagai organisasi pengganas yang boleh didakwa di mana-mana sahaja di seluruh dunia.
Topic Berkaitan
#Colombia
#Dadah
#pengganas
#Angkatan Bersenjata Revolusi Colombia FARC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan