awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

120,000 penduduk dipindahkan dari wilayah Kursk susulan serangan Ukraine - Gabenor

Bernama
Bernama
13/08/2024
00:40 MYT
120,000 penduduk dipindahkan dari wilayah Kursk susulan serangan Ukraine - Gabenor
Seorang wanita yang dipindahkan susulan kemaraan tentera Ukraine ke dalam Wilayah Kursk memilih pakaian di pusat kediaman sementara di Kursk, Rusia, 12 Ogos 2024. (Foto AP)
MOSCOW: Kira-kira 120,000 orang telah dipindahkan setakat ini berikutan kemaraan tentera Ukraine ke dalam Wilayah Kursk di Rusia, kata gabenor tempatan pada Isnin, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Sebanyak 60,000 orang lagi masih perlu dipindahkan, kata Pemangku Gabenor Kursk, Alexei Smirnov semasa perbincangan dengan Presiden Vladimir Putin.
Smirnov berkata 28 kampung berada di tangan Ukraine dan keberadaan kira-kira 2,000 orang masih belum diketahui.
"Situasi di wilayah ini adalah sukar," kata Smirnov kepada Putin, menurut agensi berita Rusia.
Gabenor itu berkata bahawa tentera Ukraine telah mara kira-kira 12 kilometer ke dalam wilayah Rusia.
Dakwaan gabenor itu tidak dapat disahkan. Smirnov dihubungkan melalui video ke kediaman Putin berhampiran Moscow.
Dalam beberapa hari kebelakangan ini, terdapat aduan daripada warga di Wilayah Kursk bahawa pemindahan itu tidak diatur dengan baik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#penduduk dipindahkan
#Kursk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan