awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
Rakyat Malaysia hadapi kesukaran berpindah dinasihat hubungi kedutaan di Phnom Penh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 maut dalam kejadian letupan masjid di Pakistan

Agensi
Agensi
10/01/2020
15:58 MYT
13 maut dalam kejadian letupan masjid di Pakistan
Pihak tentera sedang giat melakukan operasi mencari di sekitar tapak kejadian. - Foto AP
Satu kejadian letupan telah berlaku di sebuah masjid di bandar Quetta di barat daya Pakistan pada Jumaat mengorbankan sekurang-kurangnya 13 individu, termasuk seorang pegawai kanan polis.
Memetik laporan Reuters, insiden turut menyebabkan 20 yang lain cedera.
Polis berkata, bom tersebut telah ditanam di dalam masjid berkenaan dan meledak ketika waktu solat pada sebelah petang Jumaat.
"Setakat ini, 13 mayat mangsa terkorban dan 20 yang cedera dibawa ke sini," kata jurucakap hospital tempatan, Dr Wasim Baig kepada Reuters, sambil menambah bahawa ramai mangsa mengalami kecederaan serius.
Seorang pegawai kanan polis, Haji Amanullah adalah antara yang maut. Anaknya dibunuh oleh individu yang tidak dikenali bulan lepas.
Jurucakap tentera Pakistan berkata pihak tentera kini giat melakukan operasi mencari di sekitar tapak kejadian.
Topic Berkaitan
#Haji Amanullah
#letupan masjid Pakistan
#leupan masjid
#Quetta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan