Skip to main content

Dunia

Konflik ketenteraan dengan Iran tidak mungkin berlaku dalam masa terdekat - Trump

Trump (foto) berkata tindakan ketenteraan tidak lagi diperlukan susulan operasi yang dilaksanakan AS sebelum ini. -Foto fail/Reuters
Trump (foto) berkata tindakan ketenteraan tidak lagi diperlukan susulan operasi yang dilaksanakan AS sebelum ini. -Foto fail/Reuters

Ringkasan AI

  • Presiden AS, Donald Trump menyatakan kemungkinan konflik ketenteraan baharu dengan Iran rendah selagi rundingan antara kedua-dua negara berjalan positif.
  • Iran menangguhkan rundingan damai sementara bagi menilai implikasi politik selepas keputusan pilihan raya pertengahan penggal di Amerika Syarikat.
  • Harga minyak mentah global merosot sehingga 16 peratus minggu lalu berikutan keyakinan pelabur terhadap pengurangan ketegangan di rantau tersebut.
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata kemungkinan berlakunya konflik ketenteraan baharu dengan Iran adalah rendah buat masa ini selagi rundingan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan positif.

Dalam temu bual bersama CNN pada Ahad, beliau berkata tindakan ketenteraan tidak lagi diperlukan susulan operasi yang dilaksanakan AS sebelum ini.

Trump bagaimanapun berkata sebarang usaha mengelakkan peningkatan ketegangan bergantung kepada kesediaan Iran menerima syarat perjanjian yang sedang dirundingkan.

Advertisement

Beliau turut mendakwa konflik dengan Iran menjadi antara faktor yang menyumbang kepada prestasi kurang memberangsangkan Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal yang berlangsung minggu lalu.

Trump juga mendakwa tekanan ekonomi yang dihadapi Iran akan mendorong negara itu menerima penyelesaian yang dicadangkan dalam rundingan berkenaan.

Advertisement

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi berkata rundingan damai ditangguhkan sementara bagi menilai implikasi politik susulan keputusan pilihan raya di AS.

Menurut beliau, pihaknya sedang memantau perkembangan semasa sebelum menentukan langkah seterusnya dalam proses rundingan.

Dalam perkembangan berkaitan, pasaran tenaga global menyaksikan harga minyak mentah merosot sehingga 16 peratus minggu lalu susulan keyakinan pelabur terhadap kemungkinan pengurangan ketegangan di rantau itu.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI

  • Q: Apakah pendirian Presiden AS, Donald Trump mengenai kemungkinan konflik ketenteraan baharu dengan Iran? 
    A: Donald Trump menyatakan kemungkinan konflik ketenteraan baharu dengan Iran adalah rendah selagi rundingan antara kedua-dua pihak menunjukkan perkembangan positif.
  • Q: Apakah faktor yang menyumbang kepada prestasi kurang memberangsangkan Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal menurut Trump? 
    A: Trump mendakwa konflik dengan Iran menjadi antara faktor yang menyumbang kepada prestasi kurang memberangsangkan Parti Republikan dalam pilihan raya pertengahan penggal.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Iran selepas keputusan pilihan raya di AS? 
    A: Menteri Luar Iran, Abbas Araghchi, berkata rundingan damai ditangguhkan sementara bagi menilai implikasi politik susulan keputusan pilihan raya di AS.
  • Q: Bagaimana tekanan ekonomi mempengaruhi pendirian Iran dalam rundingan? 
    A: Trump mendakwa tekanan ekonomi yang dihadapi Iran akan mendorong negara itu menerima penyelesaian yang dicadangkan dalam rundingan berkenaan.
  • Q: Apakah kesan perkembangan rundingan AS-Iran terhadap pasaran tenaga global? 
    A: Harga minyak mentah merosot sehingga 16 peratus minggu lalu susulan keyakinan pelabur terhadap kemungkinan pengurangan ketegangan di rantau itu.

Must Watch Video

Advertisement