awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Tiada laporan diterima berhubung dakwaan buli di Kulim
Bekas PM Bangladesh Sheikh Hasina dihukum penjara 10 tahun kes rasuah projek perumahan kerajaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 pengunjung kelab malam maut dipijak, dirempuh

Agensi
Agensi
23/08/2020
14:18 MYT
13 pengunjung kelab malam maut dipijak, dirempuh
Polis Peru dalam pada itu telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti pemilik kelab malam berkenaan yang bertanggungjawab ke atas penganjuran parti berkenaan. -AP
Sekurang-kurangnya 13 orang maut dan tiga lagi cedera dalam kejadian rempuhan di sebuah kelab malam di Lima, Peru yang beroperasi secara haram dalam tempoh perintah berkurung di negara itu.
Menurut Ketua Polis Peru, Orlando Velasco Mujica, kebanyakan mereka dikatakan dipijak oleh pengunjung lain apabila terjatuh ketika cuba melarikan diri apabila premis itu diserbu pihak berkuasa.
Ketika kejadian, lebih 120 orang dilaporkan menghadiri parti di kelab malam yang diadakan di Los Olivos itu.
Polis Peru dalam pada itu telah memulakan siasatan bagi mengenal pasti pemilik kelab malam berkenaan yang bertanggungjawab ke atas penganjuran parti berkenaan.
Peru sebelum ini memutuskan untuk mewajibkan penjarakan fizikal dan melarang aktiviti sosial selain mengehadkan kawalan pergerakan sehingga jam 10 malam.
Langkah itu bagi memutuskan rantaian penularan virus COVID-19 yang melanda negara itu.
Peru adalah salah sebuah negara terawal di Amerika Latin yang mengambil tindakan tegas bagi mengekang penularan COVID-19.
Setakat ini, ia mencatatkan 576,000 kes positif COVID-19 dengan lebih 27,000 kematian.
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#cedera
#COVID19
#haram
#kes positif
#koronavirus
#maut
#penjarakan sosial
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan