awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah

Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan

Bernama
Bernama
02/02/2026
10:08 MYT
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
Pihak pengurusan memandang serius tindakan sekumpulan penyokong pasukan bola sepak yang menyalakan suar di kawasan mercu tanda ikonik itu petang semalam. - Foto FB Terengganu Drawbridge
KUALA TERENGGANU: Pihak pengurusan Jambatan Angkat Kuala Terengganu mengingatkan orang ramai supaya tidak melakukan sebarang perbuatan berbahaya seperti menyalakan suar di kawasan jambatan itu kerana boleh mendatangkan pelbagai risiko keselamatan kepada orang awam.
TI Properties Sdn Bhd dalam kenyataan menerusi Facebook memaklumkan pihaknya memandang serius tindakan sekumpulan penyokong pasukan bola sepak yang menyalakan suar di kawasan mercu tanda ikonik itu petang semalam.
"Penggunaan suar secara terbuka boleh mengundang pelbagai risiko keselamatan seperti kebakaran, letupan kecil, kecederaan kepada pejalan kaki serta ancaman terhadap struktur dan kemudahan awam.
"Perbuatan sebegini bukan sahaja membahayakan orang awam, malah merosakkan imej negeri dan reputasi jambatan itu yang menjadi lokasi utama tumpuan pelancong di bandar raya Kuala Terengganu," menurut kenyataan itu.
Pihak pengurusan juga tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas mengikut peruntukan undang-undang sedia ada terhadap mana-mana pihak atau individu yang didapati terlibat manakala kerjasama masyarakat amat dihargai dalam memastikan jambatan itu kekal sebagai mercu tanda kebanggaan Terengganu.
Terdahulu, 33 penyokong Selangor FC direman hari ini bagi membantu siasatan berhubung kekecohan yang dicetuskan di jambatan terbabit semalam.
Kejadian kira-kira 6.30 petang itu berlaku sebelum perlawanan Liga Super membabitkan Terengganu FC menentang Selangor FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kuala Nerus, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor ketika dihubungi berkata mereka antara kira-kira 400 penyokong yang ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu malam tadi bagi menjalani saringan air kencing.
-- BERNAMA


Topic Berkaitan
#Jambatan Angkat Kuala Terengganu
#perbuatan berbahaya s
#menyalakan suar
#Selangor FC
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.