awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Parti PM Takaichi dijangka raih kemenangan besar - Kajian Asahi
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 lagi maut, tentera AS letupkan 4 bot didakwa seludup dadah di Lautan Pasifik

Bernama
Bernama
29/10/2025
05:15 MYT
14 lagi maut, tentera AS letupkan 4 bot didakwa seludup dadah di Lautan Pasifik
Tentera Amerika Syarikat memusnahkan empat bot yang didakwa membawa dadah dalam tiga serangan maut di timur Lautan Pasifik. - Gambar/ X Secretary of War Pete Hegseth
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) memusnahkan empat bot yang didakwa membawa dadah di timur Lautan Pasifik pada Isnin, mengakibatkan 14 orang terbunuh dan seorang terselamat, kata Setiausaha Pertahanan Pete Hegseth pada Selasa, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Tentera Amerika Syarikat memusnahkan empat bot yang didakwa membawa dadah dalam tiga serangan maut di timur Lautan Pasifik, mengakibatkan 14 kematian dan seorang terselamat yang diselamatkan oleh pihak berkuasa Mexico.
  • Sejak 2 September, sebanyak 14 vesel telah ditenggelamkan oleh tentera AS di Caribbean dan timur Lautan Pasifik, dengan sekurang-kurangnya 57 kematian, susulan pengisytiharan konflik bersenjata bukan antarabangsa terhadap kartel dadah yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas.
  • Tindakan ketenteraan AS dikecam oleh Presiden Venezuela dan Colombia yang menyifatkannya sebagai usaha perluasan pengaruh ketenteraan dan pembunuhan suspek, sementara penempatan tentera AS di rantau Caribbean kini berada pada tahap tertinggi dalam tempoh lebih tiga dekad.

"Jabatan Perang melaksanakan tiga serangan kinetik maut ke atas empat vesel yang dikendalikan oleh organisasi pengganas yang disenaraikan dan terlibat dalam penyeludupan dadah di timur Lautan Pasifik," kata Hegseth di platform media sosial.
Beliau menambah bahawa satu-satunya mangsa yang terselamat telah diselamatkan dalam operasi mencari dan menyelamat yang diselaraskan oleh pihak berkuasa Mexico.
Sejak 2 Sept, tentera AS telah menenggelamkan 14 vesel di Caribbean dan timur Lautan Pasifik, mengakibatkan sekurang-kurangnya 57 kematian.
Pada 2 Okt, Rumah Putih memaklumkan kepada Kongres AS bahawa negara itu kini terlibat dalam "konflik bersenjata bukan antarabangsa" dengan kartel dadah yang disenaraikan sebagai kumpulan pengganas, tanpa menamakan kumpulan berkenaan.
Presiden Venezuela Nicolas Maduro berulang kali mengecam tindakan Washington sebagai usaha untuk menggulingkan kerajaannya dan memperluas pengaruh ketenteraan AS di Amerika Latin. Awal bulan ini, Presiden Colombia Gustavo Petro turut menuduh kerajaan AS melakukan "pembunuhan" kerana menembak mati suspek penyeludupan dadah di laut.
Pentadbiran AS turut memperluas kehadiran ketenteraannya di seluruh Caribbean. Pada masa ini, penempatan tentera AS di rantau berkenaan merupakan yang terbesar dalam tempoh lebih tiga dekad.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pengedaran dadah
#kartel dadah
#Amerika Syarikat
#lautan Pasifik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan