Skip to main content

Dunia

15 maut bot karam di Zimbabwe

Sumber: X Mutsa Murombedzi MP
- Foto Ahli Parlimen Zimbabwe Mutsa Murombedzi
Advertisement

MOSCOW: Sekurang-kurangnya 15 orang maut selepas sebuah bot yang membawa lebih 160 penumpang karam di Tasik Kariba, Zimbabwe pada Selasa, menurut penyiar tempatan ZBC, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Pasukan penyelamat setakat ini menemukan 15 mayat dan menyelamatkan 74 orang, manakala kira-kira 75 lagi masih hilang, menurut laporan itu.

Jumlah penumpang yang berada di atas bot milik Agensi Pembangunan Infrastruktur Luar Bandar itu tidak termasuk kanak-kanak berusia bawah empat tahun yang tidak memerlukan tiket berasingan.

ZBC memaklumkan lima kru turut berada di atas bot berkenaan.

Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan.

 

 

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement