awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 maut dalam bencana banjir, tanah runtuh di India

Agensi
Agensi
10/07/2023
00:20 MYT
15 maut dalam bencana banjir, tanah runtuh di India
Keadaan kemusnahan yang terjadi susulan hujan lebat, banjir dan tanah runtuh di Kullu, Himachal Pradesh, India, 9 Julai 2023. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 15 terbunuh setakat ini susulan bencana banjir dan tanah runtuh akibat hujan monsun yang melanda utara India, pada Ahad.
New Delhi menerima hujan terbanyak dalam beberapa dekad kebelakangan ini, menurut laporan media yang memetik pihak berkuasa.
Berikutan kejadian itu, jalan-jalan di beberapa bahagian ibu negara tenggelam sehingga paras lutut.
Bencana alam itu turut membawa hujan sebanyak 153mm, iaitu jumlah curahan hujan tertinggi direkodkan dalam sehari pada bulan Julai dalam tempoh 40 tahun terakhir.
Dengan jangkaan hujan lebat sekurang-kurangnya satu hari lagi, pihak berkuasa memerintahkan penutupan sekolah di New Delhi pada Isnin.
Agensi berita Press Trust of India melaporkan pada Ahad, seramai 15 orang terbunuh dalam masa 24 jam terakhir di enam negeri utara India.
Negeri-negeri di pergunungan terjejas teruk dengan enam kematian dilaporkan di Himachal Pradesh, ekoran kejadian tanah runtuh yang turut menghalang lebih kurang 700 jalan, kata Omkar Sharma, pegawai pengurusan bencana kepada AFP.
Jabatan Meteorologi India meramalkan hujan lebih banyak akan turun di sebahagian besar utara negara itu dalam beberapa hari akan datang.
Data rasmi menunjukkan, hujan musim monsun di seluruh negara pada minggu pertama Julai menghasilkan kira-kira dua peratus lebih banyak curahan hujan berbandiang biasa. - Agensi
Topic Berkaitan
#banjir
#tanah runtuh
#India
#hujan lebat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan