MOGADISHU: Pasukan keselamatan Somalia pada Isnin memaklumkan pihaknya telah menamatkan kepungan lebih 20 jam ke atas sebuah hotel terkenal di Mogadishu, manakala 15 orang dilaporkan terbunuh termasuk enam penyerang dalam kejadian itu.
Jurucakap Pasukan Polis Somalia, Sadiq Dudishe berkata lima anggota al-Shabab ditembak mati, manakala seorang lagi bertindak meletupkan dirinya selepas kumpulan itu menyerbu Hotel Villa Rosa kira-kira jam 8 malam Ahad.
Dudishe berkata lapan orang awam dan seorang tentera turut terbunuh manakala lima lagi cedera dalam serangan yang mendapat kecaman masyarakat antarabangsa, lapor Xinhua.
"Seramai 60 orang berjaya diselamatkan dari hotel itu," katanya pada sidang media di Mogadishu.
Hotel itu merupakan lokasi terkenal bagi pegawai kanan kerajaan termasuk komuniti perniagaan dan tiga menteri turut berada di hotel itu ketika serangan dilancarkan, menurut polis.
Masih tidak jelas bagaimana kumpulan itu berjaya menyerbu hotel yang dikawal rapi tetapi saksi mendakwa mereka mendengar bunyi tembakan di pintu pagar hotel sebelum penyerang menyerbu masuk.
Al-Shabab yang melancarkan pemberontakan hampir dua dekad bagi menggulingkan kerajaan yang disokong antarabangsa, mengaku bertanggungjawab atas serangan terbaharu itu.
Kumpulan itu mendakwa anggotanya mensasarkan para pegawai yang berkumpul di hotel itu.
Serangan hotel itu adalah serangan ketiga oleh al-Shabab sejak kerajaan baharu mengambil alih pada Mei.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022
Pemandangan di sebahagian bandar Mogadishu, Somalia. - Foto REUTERS
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Seorang maut, 16 cedera dalam insiden tembakan di kampus Alabama
Mangsa seorang remaja berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, sementara 12 lagi cedera akibat terkena tembakan.
Serangan pengganas sasar kemudahan Turkish Aerospace Industries di ibu negara Turkiye
Satu serangan pengganas menyasarkan kemudahan Turkish Aerospace Industries (TAI) di ibu negara Turkiye, Ankara, kata seorang pegawai kanan Turkiye pada Rabu.
3 terbunuh dalam kejadian tembakan di Mississippi AS
Tiga orang terbunuh dan lapan yang lain cedera pada Sabtu dalam insiden tembakan semasa acara tunggangan di Holmes County.
Jerman kecam tembakan terhadap pos UNIFIL di Lubnan
Jerman sedang menunggu penjelasan penuh dengan segera dan telah berhubung dengan pihak Israel mengenai isu itu.
Lelaki bersenjata bunuh 6 peronda dalam tembakan rambang di Afrika Selatan - polis
Sekumpulan lapan lelaki bersenjata didakwa melepaskan tembakan ke arah 10 peronda komuniti pada Ahad malam kira-kira 22:45 waktu tempatan.
Enam maut, sembilan cedera ditembak lelaki bersenjata di Tel Aviv
Polis Israel melabelkan insiden itu sebagai serangan pengganas tetapi setakat ini tiada pihak mengaku bertanggungjawab.
Sekurang-kurangnya 4 maut, 30 cedera dalam insiden tembakan di sekolah
Seorang remaja berusia 14 tahun akan didakwa atas tuduhan membunuh dan dibicarakan sebagai orang dewasa.
4 maut ditembak dalam kereta api di Chicago
Menurut laporan polis, kesemua mangsa dipercayai ditembak ketika sedang tidur di tempat duduk mereka.
Lelaki cedera dalam kejadian tembakan di Klang
Seorang lelaki cedera di punggung sebelah kiri dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Lebuh Batu Nilam, Bandar Bukit Tinggi, di Klang pada 2.15 pagi, Jumaat lepas.
Polis sahkan kejadian tembakan di Bandar Sunway
Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.