VICTORIA: Satu paparan sebelum dan selepas gambar yang diambil di sebuah tasik di Australia baru-baru ini menunjukkan perbezaan dramatik selepas kawasan itu dilanda banjir.
Menerusi gambar yang dikongsi di Facebook, Tasik Eildon, yang terletak di Victoria, digambarkan hampir kering selama 15 tahun selepas kemarau yang teruk pada 2007.
Ia kemudiannya hanya mampu dipenuhi air kira-kira 5.3 peratus dari paras maksimumnya.
Namun begitu kini, ia hampir tidak dapat dikenali dengan 100 peratus kapasiti, yang kali terakhir dapat dilihat hanya berlaku pada 28 tahun lalu.
Hujan lebat di Victoria, selatan New South Wales dan utara Tasmania sejak kebelakangan ini, menyebabkan banyak kawasan dinaiki air.
Beberapa empangan lain juga dilimpahi air, dengan Empangan Dartmouth melebihi kapasiti untuk kali pertama dalam tempoh 26 tahun. Empangan terbesar iaitu Empangan Thomson, juga berada pada kapasiti 99 peratus.
Ribuan penduduk di beberapa kawasan di seluruh Victoria juga telah diarahkan berpindah, setakat Selasa.
Amaran cuaca telah dikeluarkan dengan beberapa bahagian di Australia akan menerima lebih 200mm hujan sepanjang minggu depan.
Menteri Pengurusan Kecemasan Persekutuan, Murray Watt memberi amaran Victoria bakal menghadapi 'banjir teruk' pada akhir minggu ini.
"Ini situasi yang sangat genting dan laporan yang saya terima ialah 9,000 rumah berkemungkinan bakal ditenggelami air di utara Victoria," katanya kepada ABC.
Setakat Selasa, dua orang dilaporkan lemas dan dua lagi masih hilang di Victoria dan New South Wales. -- Agensi
Agensi
Wed Oct 19 2022
Tasik Eildon, yang digambarkan hampir kering selama 15 tahun, hampir tidak dapat dikenali dengan 100 peratus kapasiti. - Facebook/Yarra Valley Rides
37 rakyat Palestin maut akibat bedilan udara Israel
Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin terbunuh dalam siri serangan udara tentera Israel pada pagi Khamis, yang menyasarkan pengiring trak bantuan serta rumah-rumah yang menempatkan pelarian di seluruh Semenanjung Gaza. Menurut sumber perubatan, serangan udara di kawasan barat Rafah dan Khan Younis di selatan Gaza meragut nyawa 15 rakyat Palestin, manakala 30 lagi dilaporkan cedera.
Seorang maut selepas pangsapuri mewah di Shenzhen terbakar
Kebakaran melibatkan sebuah pangsapuri mewah di tengah Shenzhen, Selatan China mengorbankan seorang individu. Asap tebal dilihat menyelubungi udara dan mencetuskan kegusaran orang ramai yang melihat kejadian itu berlaku.
Tentera Israel berundur dari Khiam, Marjayoun
Komando Pusat Amerika Syarikat (CENTCOM) pada Rabu mengesahkan tentera Israel berundur dari bandar di selatan Lubnan, sekali gus menjadi pengunduran pertama tentera rejim di bawah perjanjian genjatan senjata antara kedua negara.
Pembangkang usul pecat kedua terhadap Suk Yeol
Parti pembangkang Korea Selatan sekali lagi, mengemukakan usul untuk memecat Presiden Yoon Suk Yeol pada Khamis susulan kontroversi berkaitan pengisytiharan undang-undang tentera oleh Yoon sebelum ini. Ia selepas kegagalan usul pemecatan pertama yang tidak diluluskan di Parlimen negara itu sebelum ini.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Usul pemecatan itu ditandatangani oleh 190 Ahli Parlimen pembangkang dan seorang ahli parlimen Bebas, tanpa sokongan daripada mana-mana ahli parlimen parti pemerintah.
Parti pembangkang merancang untuk melaporkan usul itu kepada sidang pleno Parlimen pada Khamis dan mengadakan undian pada Jumaat atau Sabtu.
Ratusan penunjuk perasaan bertembung dengan polis di Seoul
Ratusan penunjuk perasaan yang menuntut pemecatan Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol bertembung dengan polis pada Khamis ketika mereka cuba memasuki kediaman rasmi presiden itu di Seoul.
PM gesa institusi pendidikan manfaatkan pameran sejarah dunia Melayu-Islam
Perdana Menteri berkata gesaan ini turut ditujukan kepada Arkib Negara, Dewan Bahasa dan Pustaka serta Perpustakaan Negara Malaysia.
Majoriti rakyat Malaysia anggap layanan kerajaan pilih kasih
Majoriti rakyat Malaysia terutama kaum Melayu dan Cina melihat kerajaan tidak melayan semua pihak secara adil kerana wujud perbezaan kelas.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
Menurut kajian Projek Kestabilan dan Akauntabiliti Malaysia (Projek SAMA), responden India pula melihat ketidakadilan lebih kepada perbezaan etnik.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan mula beroperasi - Fahmi
Sebanyak 318 stesen pemancar atau menara telekomunikasi di seluruh negara yang terkesan bencana banjir sejak November hingga Khamis, telah mula beroperasi semula.
PKR teliti alasan penghakiman untuk tindakan susulan
Bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan berbincang dengan peguam susulan keputusan Mahkamah Rayuan mengurangkan pampasan yang perlu dibayar bekas Naib Presiden parti itu Datuk Zuraida Kamaruddin daripada RM10 juta kepada RM100,000 kerana melanggar syarat bon.
Usul bahas laporan RCI bukan untuk dakwa mana-mana pihak
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) itu berkata, 47 halaman muka surat yang dihitamkan dalam laporan RCI bertujuan melindungi keselamatan dan menjaga hubungan diplomatik antarabangsa.
15 tahun kering, tasik kembali dipenuhi air selepas hujan lebat
Tasik Eildon, yang digambarkan hampir kering selama 15 tahun, hampir tidak dapat dikenali dengan 100 peratus kapasiti.