awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penyokong sentiasa berada dengan pasukan - CEO Selangor
'Alhamdulillah', 'Insya-Allah' oleh bukan Muslim dibenar selagi dengan niat baik - IKIM
Pilihan raya Thailand jadi tumpuan, keputusan sukar diramal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

158 cebisan plastik ditemui dalam perut penyu

Bernama
Bernama
19/08/2021
20:31 MYT
158 cebisan plastik ditemui dalam perut penyu
Penyu hijau sepanjang 28 sentimeter dan seberat tiga kilogram itu ditemukan dalam keadaan lemah di Pantai Kata. - Gambar hiasan
BANGKOK: Doktor haiwan Thailand menjumpai 158 cebisan sampah dalam perut seekor penyu yang diselamatkan di pulau peranginan Phuket.
Menurut Jabatan Sumber Laut dan Pantai penyu hijau sepanjang 28 sentimeter dan seberat tiga kilogram itu ditemukan dalam keadaan lemah di Pantai Kata di Phuket pada 23 Julai.
Penyu itu kemudian dibawa ke Pusat Penyelamat Haiwan Laut Terancam Sireetarn untuk rawatan.
"Penyu itu membuang najis sebanyak enam kali sepanjang pemulihannya. Doktor haiwan mendapati 158 cebisan sampah tersumbat dalam sistem pencernaannya, antaranya cebisan beg plastik, botol plastik dan serat tekstil," menurut jabatan itu menerusi hantaran di akaun Facebooknya
Pada 2020 Thailand di kedudukan kesepuluh dunia dalam kategori pembuangan sampah plastik ke laut, memetik data Institut Penyelidikan Pembangunan Thailand (TDRI).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penyu
#plastik
#perut
#laut
#Phuket
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan