awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

16 pemisah berjaya dibunuh

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2013
15:47 MYT
16 pemisah berjaya dibunuh
Kementerian Pertahanan Thailand meminta supaya langkah berjaga-jaga diambil di wilayah selatan negara itu ekoran serangan kumpulan pemisah ke atas pengkalan tentera marin dekat Bachok, Narathiwat.
Desakan berkenaan dibuat selepas Bangkok mengisytiharkan perintah darurat berkuatkuasa 24 jam di kawasan lima kilometer persegi dari kem berkenaan.
Ia berkuatkuasa sehingga pagi Khamis.
Menurut Menteri Pertahanan Thailand, Sukompol Suwannathat, "Kami bukan sahaja akan sentiasa berhati-hati di kawasan ini malah di kawasan lain juga. Kami perlu berhati-hati kerana kami berhadapan dengan keselamatan penduduk disini dan tidak sekali-kali boleh cuai dalam tugasan kami,” .
Dalam insiden awal Rabu, 16 pejuang disahkan maut selepas bertempur dengan pihak berkuasa manakala selebihnya berjaya melarikan diri
Laporan sebelum ini mendakwa 19 berjaya ditembak mati.
Dalam pertempuran berkenaan, tiada kecederaan atau kematian di pihak tentera kerajaan.
Dalam kenyataannya, Kementerian Pertahanan Thailand mendakwa sekurang-kurangnya 50 pemisah melancarkan serangan ke atas pengkalan berkenaan.
Untuk mengelirukan pihak berkuasa, mereka dikatakan memakai pakaian seragam tentera.
Pertempuran dilaporkan berlaku hampir setiap hari di tiga wilayah selatan Thailand yang majoritinya terdiri daripada penduduk Melayu dan beragama Islam.
Sejak keganasan kembali meletus pada 2004, ia meragut lebih 5000 nyawa penduduk di kawasan berkenaan.
Topic Berkaitan
#darurat
#Kementerian Pertahanan Thailand
#Narathiwat
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan