Skip to main content

Dunia

17 anggota terbunuh dalam letupan bas tentera di Syria

61665669341_mayat.jpg
DAMSYIK: Beberapa orang anggota tentera terbunuh dalam letupan yang menyasarkan sebuah bas tentera yang mengangkut mereka di kawasan luar bandar pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan, Sham FM.

Pemantau Hak Asasi Syria, badan pemantau perang yang berpangkalan di Britain, berkata 17 anggota terbunuh dalam letupan itu dan menambah angka kematian mungkin meningkat memandangkan ramai anggota tentera yang cedera parah.

Belum ada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian itu.

-- BERNAMA

Advertisement

Must Watch Video