Skip to main content

Dunia

17 maut, 24 cedera bas terjunam dalam sungai di Nepal

Sumber: Routine of Nepal banda
Punca kemalangan masih belum dipastikan buat masa ini. - Foto X/Routine of Nepal banda

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 17 orang maut manakala 24 yang lain cedera apabila sebuah bas penumpang yang dalam perjalanan ke ibu negara Nepal, Kathmandu, dari bandar Pokhara terjatuh ke dalam Sungai Tishuli di daerah Dhading, lapor Anadolu Ajansi.

Kemalangan itu, menurut Pasukan Polis Bersenjata Nepal, berlaku pada 1.30 pagi Isnin (1945 GMT Ahad).

Advertisement

Jurucakap pasukan itu Bishnu Prasad Bhatta berkata sejumlah besar anggota daripada semua pasukan keselamatan sedang meneruskan usaha menyelamat di lokasi kejadian.

Pasukan penyelamat sedang berusaha mengenal pasti identiti mangsa yang maut, manakala penumpang yang cedera dibawa ke hospital berhampiran.

Punca kemalangan masih belum dipastikan buat masa ini.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video