awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 terkorban serangan peluru berpandu, dron di Ukraine

Astro Awani
Astro Awani
29/04/2023
01:30 MYT
17 terkorban serangan peluru berpandu, dron di Ukraine
Anggota bomba menjalankan kerja-kerja menyelamat di sebuah bangunan pangsapuri yang musnah akibat serangan Rusia di Uman, 215km selatan Kiev, Ukraine, 28 April 2023. (Foto AP)
SEKURANG-kurangnya 17 didakwa terbunuh dalam serangan lebih 20 peluru berpandu dan dron oleh Rusia di Ukraine pada Jumaat.
Sebahagian besar mangsa maut apabila dua peluru berpandu mengenai sebuah bangunan kediamaan dalam kejadian pada awal pagi itu.
Serangan ini termasuk yang pertama ke atas ibu negara Ukraine dalam tempoh hampir dua bulan, sekali gus menggambarkan ketegangan antara kedua-dua negara berjiran itu masih belum reda.
Serangan ke atas bangunan kediaman berlaku di Uman, bandar yang terletak kira-kira 215 kilometer di selatan Kiev.
Kementerian Dalam Negeri Ukraine melaporkan, 15 orang terbunuh dalam serangan itu, termasuk dua kanak-kanak berusia 10 tahun dan seorang bayi.
Dalam pada itu, Kiev memaklumkan, Tentera Udara Ukraine berjaya menghalang sebanyak 11 peluru berpandu dan dua dron yang dilepaskan oleh Rusia.
Serangan terbaru ini terjadi di tengah-tengah ketegangan yang meningkat antara Rusia dan Ukraine, dengan pertempuran terus berlaku di sekitar Wilayah Donetsk dan Luhansk di timur Ukraine.
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#peluru berpandu
#dron
#bangunan kediaman musnah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan