awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18,389 pengundi luar negara berdaftar untuk PRU2025 Singapura

Bernama
Bernama
19/04/2025
00:45 MYT
18,389 pengundi luar negara berdaftar untuk PRU2025 Singapura
Rakyat Singapura akan mengundi pada 3 Mei, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April. - Foto Elections Department Singapore
SINGAPURA: Seramai 18,389 pengundi telah mendaftar sebagai pengundi luar negara bagi Pilihan Raya Umum Singapura 2025 (PRU2025), menurut Jabatan Pilihan Raya (ELD) republik itu.
Daripada jumlah itu, seramai 9,759 akan mengundi melalui pos, manakala 8,630 memilih untuk mengundi secara fizikal di 10 pusat pengundian luar negara yang ditetapkan - Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington D.C.
London mencatat jumlah pengundi luar negara secara fizikal tertinggi dengan 2,470 orang berdaftar, diikuti Hong Kong (1,318) dan Shanghai (930).
Bahagian pilihan raya Tanjong Pagar pula merekodkan jumlah pengundi luar negara tertinggi iaitu seramai 1,703 orang.
"Rakyat Singapura di luar negara yang berjaya mendaftar akan menerima e-mel rasmi daripada ELD. Pemohon juga boleh menyemak status permohonan mereka melalui perkhidmatan atas talian ELD," menurut kenyataan ELD pada Jumaat.
Jabatan itu turut memaklumkan bahawa pengundi luar negara yang pulang ke Singapura pada hari pengundian boleh mengundi di pusat pengundian tempatan yang ditetapkan, selagi mereka belum mengundi di luar negara.
Rakyat Singapura akan mengundi pada 3 Mei, dengan hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April. Seramai 2,758,846 pengundi layak mengundi dalam PRU2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRU2025
#pengundi luar negara
#Jabatan Pilihan Raya
#Singapura
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan