awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik

Bernama
Bernama
10/10/2023
03:20 MYT
19 juta kanak-kanak Sudan tidak dapat ke sekolah akibat konflik
Warga Sudan Selatan yang melarikan diri dari negara itu duduk di luar sebuah klinik pemakanan di pusat transit di Renk, Sudan Selatan, 16 Mei 2023. - Gambar fail AP
NEW YORK: Dianggarkan 19 juta kanak-kanak di Sudan tidak bersekolah ekoran konflik ketenteraan, menurut Tabung Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Save the Children dalam satu kenyataan bersama pada Isnin, lapor Xinhua.
Daripada jumlah itu, kira-kira 6.5 juta kanak-kanak tidak dapat ke sekolah dan sekurang-kurangnya 10,400 sekolah ditutup.
Sementara itu, lebih 5.5 juta kanak-kanak yang tinggal di kawasan yang kurang terjejas akibat perang, sedang menunggu pihak berkuasa tempatan untuk mengesahkan sama ada sekolah boleh dibuka semula.
Sudan mempunyai 23 juta kanak-kanak yang menyumbang kepada hampir separuh daripada jumlah penduduk negara itu.
Sebelum konflik meletus pada 15 April, hampir tujuh juta kanak-kanak tidak bersekolah.
Perbelanjaan untuk perkhidmatan sosial menurun dengan ketara, dengan guru di hampir semua negeri tidak dibayar gaji sejak konflik bermula, peruntukan pendidikan semakin berkurangan dan kemudahan tidak diselenggara.
Walaupun usaha sedang dijalankan di beberapa wilayah untuk memastikan sistem pendidikan di Sudan kekal berfungsi, wujud kekangan yang ketara, dengan keperluan lebih besar berbanding sumber.
UNICEF dan Save the Children menggesa pihak berkuasa Sudan membuka semula sekolah di kawasan selamat, sambil menyokong kaedah pembelajaran alternatif dalam komuniti.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#UNICEF
#Sudan
#kanak-kanak tidak bersekolah
#konflik Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan