awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Status darurat Aceh dilanjutkan 14 hari lagi berikutan banjir di Sumatera
Permintaan penumpang udara naik 5.7 peratus tahun ke tahun - IATA
Kelantan kumpul 88.22 peratus hasil negeri, rangka strategi perkukuh kewangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

190 maut akibat banjir kilat di Afghanistan

Agensi
Agensi
01/09/2020
13:01 MYT
190 maut akibat banjir kilat di Afghanistan
Banjir sejak Selasa lalu itu telah mengorbankan 150 nyawa tetapi angka tersebut terus mencatatkan peningkatan. -Gambar AP
Angka kematian akibat banjir kilat yang berlaku di utara dan timur Afghanistan meningkat kepada sekurang-kurangnya 190 penduduk, menurut pihak berkuasa.
Menteri Pengurusan Bencana, Ghulam Bahawudin Jilani berkata lebih 170 penduduk dilaporkan cedera setakat hari ini, manakala 12 lagi masih hilang.
Banjir sejak Selasa lalu itu telah mengorbankan 150 nyawa tetapi angka tersebut terus mencatatkan peningkatan.
Kawasan yang paling teruk terjejas ialah bandar Charikar di wilayah Utara Parwan yang merupakan destinasi percutian yang popular untuk rakyat Afghanistan.
Banjir di wilayah itu turut menghanyutkan ribuan batu besar yang memusnahkan kediaman sehingga mengakibatkan mangsa tertimbus di bawah runtuhan.
Sehingga kini lebih 1,055 rumah musnah sepenuhnya dan hampir 3,000 yang lain mengalami kerosakan.
Pegawai Afghanistan di bawah Kementerian Pengurusan Bencana berkata pasukan keselamatan darat dan udara dikerah bagi membantu mereka yang terperangkap dalam banjir di wilayah-wilayah berkenaan.
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#banjir
#hilang
#mangsa
#maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan