awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kekasih didakwa bunuh Suri
Juruukur didakwa bunuh ibu, adik angkat
Pendatang Israel luaskan pos penempatan haram di Tebing Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

190 tawanan dibebas susulan usaha perantaraan kesembilan UAE

Bernama
Bernama
20/10/2024
08:15 MYT
190 tawanan dibebas susulan usaha perantaraan kesembilan UAE
Sejak awal tahun ini, UAE berjaya menjadi pengantara bagi lapan pertukaran tawanan perang antara Rusia dan Ukraine. - Gambar fail/ AP
ABU DHABI: Pertukaran tawanan baharu antara Rusia dan Ukraine menyaksikan pembebasan seramai 190 tawanan, menjadikan jumlah keseluruhan pertukaran menerusi usaha Emiriah Arab Bersatu (UAE) kepada 2,184 orang, lapor Agensi Berita Emiriah (WAM).
Kementerian Luar Emiriah menzahirkan penghargaan kepada kedua-dua negara atas kerjasama dan kesediaan mereka terhadap usaha perantaraan UAE, yang menyumbang kepada kejayaan pertukaran tawanan walaupun terdapat cabaran yang ditimbulkan oleh perang yang sedang berlangsung.
Kejayaan usaha perantaraan ini mencerminkan kepercayaan Rusia dan Ukraine terhadap UAE serta penghargaan mereka terhadap peranan negara itu dalam menyokong laluan diplomatik untuk menyelesaikan krisis semasa antara kedua-dua negara.
Kementerian menegaskan bahawa kejayaan perantaraan terkini, yang merupakan perantaraan kesembilan sejak awal 2024, menunjukkan hubungan kerjasama dan persahabatan antara UAE dan kedua-dua negara.
Kementerian juga mengesahkan komitmen UAE untuk meneruskan segala usaha yang bertujuan mencari penyelesaian aman kepada konflik di Ukraine, dengan menekankan kepentingan dialog dan usaha meredakan ketegangan.
UAE turut berhasrat untuk menyokong semua inisiatif bagi mengurangkan kesan kemanusiaan akibat krisis terbabit, termasuk yang melibatkan pelarian dan tawanan.
Sejak awal tahun ini, UAE berjaya menjadi pengantara bagi lapan pertukaran tawanan perang antara Rusia dan Ukraine, di samping satu pertukaran tawanan antara Amerika Syarikat dan Rusia pada Disember 2022.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#konflik Rusia-Ukraine
#tawanan perang
#UAE
#rundingan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan