awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1MDB: Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low

Sinar Harian
Sinar Harian
29/03/2023
04:00 MYT
1MDB: Mahkamah Kuwait jatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Jho Low
Laporan Al-Qabar melaporkan kelima-lima mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk mata wang China bersamaan KD343,700,000 (kira-kira RM4.95 bilion). - Foto fail
SEBUAH mahkamah di Kuwait mensabit kesalahan terhadap ahli perniagaan dalam pelarian, Low Taek Jho atau dikenali sebagai Jho Low secara 'in absentia' (tanpa kehadirannya) pada Selasa atas tuduhan pengubahan wang haram berhubung skandal 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).
Memetik laporan akhbar Kuwait Al-Qabas, seorang sheikh dengan rakan kongsinya termasuk dua lagi warga asing dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun.
Manakala seorang peguam dihukum penjara tujuh tahun atas tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana Malaysia.
Justeru, mereka diperintahkan untuk memulangkan AS$1 bilion (RM4.4bilion) selain perlu membayar denda berjumlah KD145 juta (RM2 bilion).
Bagaimanapun, akhbar berkenaan tidak mendedahkan nama sheikh terbabit termasuk rakan kongsi mahupun peguam berkenaan.
Namun hanya menyebutnya sebagai 'dana Malaysia'.
Laporan itu menyebut, ia berkait kes pengubahan wang haram terbesar selain mengenal pasti identiti wang asing itu sebagai Low dan ahli perniagaan Syria-Perancis bernama Bachar Kiwan.
Berdasarkan laporan diterbitkan menerusi portal Sarawak Report mendakwa, dana Malaysia itu merujuk kepada 1MDB.
Selain itu, portal sama mendakwa sheikh yang disebut-sebut itu adalah anak kepada bekas Perdana Menteri Kuwait, Sheikh Sabah Jaber Al-Mubarak Al-Sabah.
Manakala, rakan kongsi yang dikaitkan didakwa sebagai sekutu Low iaitu Hamad Al Wazan dan peguamnya, Saud Abdelmohsan.
Laporan Al-Qabar melaporkan kelima-lima mereka didakwa melakukan pengubahan wang haram dalam bentuk mata wang China bersamaan KD343,700,000 (kira-kira RM4.95 bilion).
Dakwa agensi berita itu, lima individu berkenaan tahu bahawa wang berkenaan adalah hasil haram yang diseleweng daripada dana pelaburan Malaysia.
Akhbar itu melaporkan bahawa kes berkenaan ditangguh selama dua tahun sebelum dibuka semula kerana pihaknya pendakwaan berdepan halangan untuk memperoleh maklumat dari luar negara. - Agensi/ Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Jho Low
#mahkamah kuwait
#hukuman penjara
#1MDB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan