LOS ANGELES: Bintang realiti televisyen, Kylie Jenner mengumumkan dia sudah menimang cahaya mata yang kedua, minggu lalu.

Berita gembira itu dikongsi personaliti itu menerusi satu hantaran di Instagramnya bersama sekeping gambar hitam putih, dia memegang tangan bayinya.

"2/2/22," tulisnya ringkas dalam perkongsian itu.

Bagaimanapun tiada maklumat lanjut yang dikongsi termasuk jantina bayi itu.

Rata-rata peminat dilihat mengucapkan tahniah kepada Kylie dan pasangannya, penyanyi Travis Scott atas kelahiran bayi mereka.

Pasangan itu, sebelum ini mempunyai seorang anak perempuan, bernama Stormi yang kini berusia empat tahun.