awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

2 cedera tembakan di hospital

Astro Awani
Astro Awani
11/02/2021
22:57 MYT
2 cedera tembakan di hospital
Kedua-dua indivdu yang bertengkar itu telah ditahan. - Gambar hiasan
NEW ORLEANS:Dua individu cedera dalam insiden tembakan di luar bangunan sebuah hospital di Amerika Syarikat pada Khamis, kata polis New Orleans.
Dalam kejadian tersebut, seorang wanita sedang bertengkar dengan seorang lelaki di luar perkarangan Pusat Kesihatan Universiti, sebelum wanita terbabit melepaskan beberapa das tembakan yang terkena seorang wanita dan lelaki lain di dalam bangunan berkenaan.
Menurut Ketua Polis New Orleans, Supt Shaun Ferguson, mangsa lelaki cedera di bahagian bahu manakala mangsa wanita cedera di bahagian paha.
Katanya, kedua-dua mangsa kini berada dalam keadaan stabil dan kecederaan dialami mereka tidak mengancam nyawa.
Kedua-dua indivdu yang bertengkar itu telah ditahan.
Saksi kejadian, Aubrey Edwards memberitahu portal berita The Times-Picayune/The New Orleans Advocate, dia terdengar seorang jururawat membuat panggilan kecemasan kepada polis sambil menjerit, "Ada orang lepaskan tembakan di sini."
Edwards, yang mengunjungi pusat tersebut bagi mendapatikan suntikan vaksin COVID-19 bersama 20 individu yang lain, turut dibawa berlindung di dalam sebuah almari dan hanya keluar selepas pihak polis tiba.
Topic Berkaitan
#tembakan
#Hospital
#New Orleans
#bertengkar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan