ORENBURG: Sekurang-kurangnya 20 orang cedera termasuk lapan kanak-kanak selepas bumbung permainan 'merry-go-round' atau kuda pusing dinaiki mereka roboh.
Insiden malang itu berlaku di sebuah tapak pesta ria (fun fair) di bandar Orenburg, barat daya Rusia baru-baru ini.
Seorang kanak-kanak perempuan dan wanita berusia 10 dan 27 tahun parah dalam kejadian tersebut.
Rakaman video kejadian memaparkan bumbung permainan itu roboh ketika ia berpusing pada kelajuan tinggi menyebabkan kesemua mangsa terhempas ke permukaan tanah.
Suasana panik dan jeritan kedengaran semasa pengunjung lain membantu mengeluarkan kesemua mangsa.
Sementara itu, pemilik tapak pesta ria, Timur Shogenov menafikan kakitangannya mengabaikan aspek keselamatan ketika mengendalikan permainan tersebut dan menegaskan pemeriksaan rapi telah dijalankan bagi memastikan ia benar-benar selamat.
"Kejadian ini tidak boleh diterima sama sekali. Penalti berat akan dikenakan kepada operator pesta ria jika insiden tersebut berpunca daripada kecuaian," menurut pegawai tempatan. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sun May 07 2023
Bumbung permainan kuda pusing dinaiki pengunjung tapak pesta ria di Orenburg tiba-tiba roboh. - Foto Agensi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 7 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
10 Berita Pilihan - (07 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
YLTAT, GTA dan UniKL jalin kerjasama pemantapan pendidikan, kemahiran
Kolaborasi inovatif ini merupakan sebahagian daripada inisiatif JEBAT YLTAT bersama GTA dan UniKL untuk mendukung usaha kerajaan memantapkan kelestarian pendidikan.
PM Anwar terima kunjungan hormat delegasi Majlis Perniagaan AS-ASEAN
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat daripada Majlis Perniagaan Amerika Syarikat (AS)-Asean.
'Bandar kanak-kanak', Rafah tidak boleh diserang - UNICEF
Bandar kanak-kanak, Rafah tidak boleh diserang, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF).
Rantau ASEAN alami 47 bencana minggu lepas - Pusat AHA
Rantau ASEAN mengalami 47 bencana, termasuk banjir, tanah runtuh, ribut dan kejadian berkaitan angin dari 29 April hingga 5 Mei tahun ini.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Cuaca Panas, Stres: Tips kepada bakal jemaah Haji
Hari wukuf bagi musim haji 2024 adalah pada 9 Zulhijah atau bersamaan 15 Jun 2024, iaitu kemuncak musim panas di Arab Saudi.
Haji 2024: Jemaah wanita paling ramai
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan jumlah Jemaah wanita Haji dan pecahan mengikut umur. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
20 cedera 'merry-go-round' roboh
Seorang kanak-kanak perempuan dan wanita berusia 10 dan 27 tahun parah dalam kejadian tersebut.
Permainan taman tema patah dua, 28 pengunjung termasuk kanak-kanak cedera
Sekurang-kurangnya 28 orang mengalami kecederaan selepas permainan merry-go-round ride yang dinaiki mereka pecah dari landasan.