awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

20 maut, 50 cedera dalam serangan hotel di Mogadishu

Astro Awani
Astro Awani
20/08/2022
22:15 MYT
20 maut, 50 cedera dalam serangan hotel di Mogadishu
Pihak berkuasa Somalia pada Ahad mengumumkan insiden serangan dan tebusan dipercayai dilakukan militan Al-Shabaab itu berakhir selepas 30 jam.
MOGADISHU: Angka korban dalam serangan yang menyasarkan sebuah hotel di ibu kota Somalia, Mogadishu pada Jumaat meningkat kepada 20 orang.
Menurut jurucakap polis, Yasin Haji, sekurang-kurangnya 50 individu lain cedera dalam kejadian tersebut di Hotel Hayat.
Katanya, beberapa mangsa di dalam hotel berkenaan turut dijadikan tebusan.
"Kami mengambil masa lebih 24 jam untuk menamatkan insiden di Hotel Hayat kerana kumpulan ini telah mengambil orang awam sebagai tebusan," katanya.
Pada hari kedua insiden, pasukan keselamatan telah berjaya mengambil alih 95 peratus bangunan tersebut.
"Kami telah berjaya mengambil alih tingkat bawah dan tingkat atas hotel, namun kumpulan itu masih berada di tingkat 2 dan 3," jelas Yasin lagi kepada agensi berita CNN.
Pihak berkuasa Somalia pada awal pagi Ahad mengumumkan insiden serangan dan tebusan dipercayai dilakukan militan Al-Shabaab itu berakhir selepas 30 jam.
Menurut komander pasukan keselamatan, kesemua lelaki bersenjata itu maut ditembak, memetik laporan AFP.
Jelasnya, satu sidang media akan diadakan pada Ahad.
Sementara itu, seorang doktor di Hospital Madina berkata angka kematian dijangka meningkat kerana ramai yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Kejadian bermula pada Jumaat di hotel berkenaan yang popular dalam kalangan ahli politik dan pegawai kerajaan.
BACA: Hotel di Somalia diserang, beberapa orang awam maut - Laporan
Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di sekitar kawasan hotel tersebut.
Sebahagian besar bangunan berkenaan musnah akibat pertempuran itu.
Serangan merupakan insiden besar pertama sejak Presiden Hassan Sheikh Mohamud mengambil alih pucuk pimpinan pada Mei.
Topic Berkaitan
#angka korban
#serangan hotel
#Mogadishu
#Yasin Haji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan