awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hotel di Somalia diserang, beberapa orang awam maut - Laporan

Bernama
Bernama
20/08/2022
07:14 MYT
Hotel di Somalia diserang, beberapa orang awam maut - Laporan
Berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dan anggota kumpulan al-Shabaab pada Jumaat malam, di sebuah hotel popular di Mogadishu. - Google Map
MOGADISHU: Beberapa orang awam maut dalam satu serangan yang menyasarkan sebuah hotel di Mogadishu, Somalia, lapor Sputnik.
Media tempatan melaporkan berlaku pertempuran antara pasukan keselamatan dan anggota kumpulan al-Shabaab pada Jumaat malam, di sebuah hotel yang popular dalam kalangan ahli politik dan pegawai kerajaan. Sekurang-kurangnya dua letupan kedengaran di sekitar kawasan hotel.
Pada Sabtu media Al Arabiya melaporkan sekurang-kurangnya lapan orang awam terbunuh dan laporan The Washington Post pula mengatakan 10 maut manakala beberapa yang lain cedera.
Kumpulan al-Shabaab yang bergabung dengan al-Qaeda menentang kerajaan pusat Somalia dan telah melancarkan serangan bersenjata serta menguasai beberapa kawasan utama di selatan dan tengah negara ini.
Pada Mei, Amerika Syarikat memutuskan untuk menyerang kedudukan kumpulan itu susulan ancaman yang semakin meningkat oleh al-Shabaab terhadap sekutunya.
Pada Rabu, pasukan gabungan Afrika-Amerika dikenali AFRICOM mengumumkan 13 anggota al-Shabaab maut dalam serangan udara di dekat Teedaan, Somalia pada 14 Ogos.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mogadishu
#serangan
#al-Shabaab
#orang awam maut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan