DUNIA
200 cedera dalam kemalangan kereta api bawah tanah di Seoul

Lebih 70 orang tercedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta api bawah tanah di Seoul. -Foto AFP
Seramai 200 orang tercedera dalam dalam kemalangan membabitkan pertembungan dua buah kereta api bawah tanah di pusat bandar Korea Selatan, Seoul, pada Jumaat.
Menurut seorang pegawai bomba tempatan, Kim Kyung-Soo di antara 200 orang yang cedera hanya seorang wanita warga emas yang dilaporkan cedera parah.
Lebih 150 orang penumpang yang terlibat telah menerima rawatan kerana mendapat luka kecil dan terseliuh.
Kemalangan tersebut berlaku pada jam 3:30 petang waktu tempatan.
Kata Kim, sekitar 1000 orang telah terperangkap di dalam dua keretapi berkenaan ketika kejadian.
Menurut Pegawai Kanan Metro Seoul Chung Soo-Young, siasatan awal mendapati sistem berhenti automatik yang sepatutnya dapat menghalang keretapi untuk berada dekat dengan keretapi yang lain telah gagal berfungsi.
Chung berkata, landasan telah melencong sebelum memasuki stesen Sangwangsimni dan pemandu yang bertugas gagal mengesannya dengan awal.
“Apabila pemandu menekan brek secara tiba-tiba, jarak dengan keretapi yang kedua terlalu dekat dan itu menyebabkan keduanya bertembung” terang Chung lagi.
Kejadian ini berlaku sewaktu negara berkenaan masih dalam keadaan sedih atas tragedi feri karam yang berlaku pada 16 April di mana 300 orang terbunuh atau masih hilang, kebanyakkanya adalah pelajar sekolah.
Tragedi berkenaan mencetuskan kemarahan dan juga tanda tanya rakyat terhadap tahap keselamatan yang diabaikan kerana tergesa-gesa mengejar pembangunan ekonomi.
Dalam kejadian, kereta api pertama sedang berhenti di stesen Sangwangsimni di timur Seoul apabila kereta api kedua merempuh belakangnya.
Keretapi bawah tanah di Seoul adalah antara kenderaan awam paling sibuk di dunia, ia membawa lebih dari 5.2 juta penumpang setiap hari.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami