awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 penumpang, anak kapal cemas, pintu kecemasan pesawat terbuka di ruang udara

Fareez Azman
Fareez Azman
26/05/2023
08:12 MYT
200 penumpang, anak kapal cemas, pintu kecemasan pesawat terbuka di ruang udara
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, kejadian berlaku ketika pesawat membawa 194 penumpang dan enam anak kapal itu berada pada ketinggian 700 kaki dan kira-kira dua minit sebelum mendarat. - Foto tangkapan layar portal CNN
KUALA LUMPUR: Penumpang dan anak kapal sebuah pesawat Airbus 321, Asiana Airlines berdepan detik cemas selepas salah seorang penumpang bertindak membuka pintu kecemasan pesawat itu sebelum mendarat di Daegu, Korea Selatan pada tengahari Jumaat.
Menurut jurucakap syarikat penerbangan itu, kejadian berlaku ketika pesawat membawa 194 penumpang dan enam anak kapal itu berada pada ketinggian 700 kaki dan kira-kira dua minit sebelum mendarat.
Sejurus mendarat, penumpang berusia 30-an itu berjaya ditahan pihak berkuasa.
Menurut portal tempatan, 12 penumpang dilaporkan mengalami kecederaan ringan akibat hiperventilasi, sembilan daripadanya dihantar ke Hospital Daegu untuk rawatan lanjut.
Pesawat berkenaan berlepas dari Pulau Jeju ke Daegu dan ketika pintu kecemasan terbuka, pesawat terbabit dipercayai terbang pada kadar 334 kilometer sejam.
Topic Berkaitan
#pesawat
#Asiana Airlines
#Korea Selatan
#penumpang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan