Skip to main content

Dunia

Dana White tolak tawaran Trump jadi jurucakap White House

White mengesahkan beliau tidak berminat untuk menerima tawaran itu. - Foto REUTERS
White mengesahkan beliau tidak berminat untuk menerima tawaran itu. - Foto REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Ultimate Fighting Championship (UFC), Dana White, menolak tawaran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, untuk menjadi jurucakap baharu White House.

Trump sebelum ini mencetuskan perhatian apabila mencadangkan White bagi mengisi jawatan berkenaan menerusi satu hantaran di media sosial pada hujung minggu lalu.

Bagaimanapun, ketika sesi taklimat pada Isnin, White mengesahkan beliau tidak berminat untuk menerima tawaran itu.

Advertisement

“Saya tidak mahu terlibat dalam politik,” katanya ringkas memetik laporan BBC.

Trump kemudiannya menjelaskan cadangan tersebut tidak dibuat secara serius dan menyifatkannya sebagai sekadar gurauan.

Advertisement

White merupakan sekutu rapat Trump dan kerap menyatakan sokongan terhadap presiden itu, termasuk ketika kempen pilihan raya.

Namun, beliau menegaskan tidak berhasrat untuk menyertai pentadbiran kerajaan atau memainkan peranan dalam arena politik.

 

 

Must Watch Video

Advertisement