awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

200 rakyat Palestin maut dalam 24 jam, angka korban cecah 22,000

Astro Awani
Astro Awani
02/01/2024
23:40 MYT
200 rakyat Palestin maut dalam 24 jam, angka korban cecah 22,000
Kepulan asap dilihat di Semenanjung Gaza susulan serangan tentera rejim Zionis Israel. - Foto AP
GAZA: Israel mendakwa membunuh berpuluh-puluh pejuang Hamas di utara Gaza manakala pesawat dan kereta kebalnya meningkatkan serangan di selatan wilayah Palestin.
Penduduk berkata, pertempuran hebat juga berlaku di kawasan tengah, malah kereta kebal Israel membedil di bahagian kem pelarian Al-Bureij.
Kementerian Kesihatan Gaza mendedahkan, kira-kira 207 rakyat Palestin terbunuh dan 338 cedera dalam tempoh 24 jam.
Jelas kementerian itu, ia menjadikan jumlah kematian Palestin yang direkodkan kepada lebih 22,000 dalam hampir tiga bulan peperangan di kawasan yang dikuasai Hamas.
Pertempuran terbaharu berlaku selepas Israel mengumumkan rancangan untuk menarik balik lima briged tentera, menandakan fasa baharu dalam perang menentang Hamas di tengah-tengah kebimbangan global terhadap nasib penduduk Gaza.
Pengeboman Israel menyebabkan sebahagian besar wilayah itu dipenuhi runtuhan bangunan dan 2.3 juta penduduknya dalam bencana kemanusiaan di mana ramai terlantar dan diancam oleh kebuluran akibat kekurangan bekalan makanan.
Pegawai Israel berkata, serangan akan diteruskan untuk beberapa bulan lagi.
Dalam taklimat harian, tentera Israel berkata, mereka menyasarkan kawasan Jabaliya di mana berpuluh-puluh pejuang dibunuh, antaranya mereka yang cuba memasang alat letupan serta yang lain mengendalikan dron.
Kata tentera Israel, pihaknya juga merampas senjata dan membongkar pelancar roket di Khan Younis di selatan dan di sekolah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Al-Bureij.
Tentera Israel turut memberitahu, mereka melancarkan serbuan di Tebing Barat, membunuh empat pejuang bersenjata dengan menembak mereka dari sebuah rumah di perkampungan Azzun, Palestin.
Penduduk Gaza berkata, pesawat perang dan kereta kebal Israel meningkatkan pengeboman di kawasan timur dan utara Khan Younis di mana puluhan ribu penduduk Palestin yang terlantar mencari perlindungan selepas dipaksa meninggalkan rumah mereka di tempat lain di wilayah yang padat penduduk itu.
Topic Berkaitan
#Israel
#Gaza
#Hamas
#kem pelarian al-Bureij
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan