Skip to main content

Malaysia

Astro AWANI rangkul satu anugerah pada Prelude Anugerah Seri Angkasa 2026

Nurainina Arina Mohd Fauzi yang bertugas di bahagian grafik Astro AWANI membaawa pulang trofi itu menerusi sentuhan kreatif bertajuk Rangkuman Nahas Helikopter TLDM.
Nurainina Arina Mohd Fauzi yang bertugas di bahagian grafik Astro AWANI membaawa pulang trofi itu menerusi sentuhan kreatif bertajuk Rangkuman Nahas Helikopter TLDM.

Advertisement

PUTRAJAYA: Astro AWANI merangkul satu anugerah pada Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2026 menerusi kategori Grafik TV Terbaik.

Nurainina Arina Mohd Fauzi yang bertugas di bahagian grafik Astro AWANI membaawa pulang trofi itu menerusi sentuhan kreatif bertajuk Rangkuman Nahas Helikopter TLDM.

Selain Nurainina, pasukan bahagian grafik Astro AWANI turut tersenarai dalam top 5 bagi kategori Kesan Khas TV Terbaik; PSA dan Kapsul TV Terbaik.

ASA edisi ke-37 bertemakan “Segalanya Bermula Di Sini” menerima 1,106 penyertaan bagi kategori televisyen, radio (421 penyertaan) dan media baharu (74 penyertaan).

Anugerah itu mempertandingkan 40 kategori televisyen, 17 kategori radio dan tiga kategori media baharu, selain dua kategori khas iaitu Anugerah Khas Juri dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa.

Malam Kemuncak ASA 2026 akan berlangsung pada Sabtu ini di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.

Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Abdul Halim Hamzah berkata anugerah itu bukan sahaja meraikan kemenangan, malah mengangkat dan menobatkan yang terbaik dalam industri.

Must Watch Video

Advertisement