awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura

Agensi
Agensi
22/05/2024
07:40 MYT
21 individu dikejar ke hospital, bas langgar penghadang jalan di Singapura
Memetik laporan CNA, insiden yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu melibatkan bas perkhidmatan 858. - Foto Facebook Singapore roads accident.com
SINGAPURA: Seorang pemandu bas dan 20 penumpang dikejarkan ke hospital pada Selasa selepas kenderaan Tower Transit dilapor merempuh sebuah penghadang jalan di Lapangan Terbang Changi Terminal 3, Singapura.
Memetik laporan Channel News Asia (CNA), insiden yang berlaku kira-kira jam 12.40 tengah hari itu melibatkan bas perkhidmatan 858.
Menurut Pengarah Komunikasi dan Pelanggan di Tower Transit, Glenn Lim, kejadian tersebut sedang disiasat.
Ujarnya, Tower Transit sedang cuba menghubungi penumpang yang cedera dan keluarga mereka untuk menghulurkan bantuan.
Sementara itu, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) ketika dihubungi portal berkenaan turut mengesahkan insiden tersebut.
Polis memaklumkan, kesemua mangsa yang terlibat dibawa ke hospital dalam keadaan sedarkan diri dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
Topic Berkaitan
#Kemalangan kenderaan Tower Transit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan