awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

21 Jan keputusan sama ada parti pembangkang Thailand FFP dibubarkan

Bernama
Bernama
25/12/2019
16:38 MYT
21 Jan keputusan sama ada parti pembangkang Thailand FFP dibubarkan
GAMBAR FAIL: Ketua FFP Thanathorn Juangroongruangkit sewaktu menyampaikan ucapan dalam kempennya di Bangkok pada 22 Feb lalu. - REUTERS
Mahkamah Perlembagaan Thailand akan memutuskan pada 21 Jan sama ada membubarkan Future Forward Party (FFP) berhubung dakwaan parti pembangkang itu cuba menggulingkan raja berperlembagaan.
Ia berikutan petisyen yang difailkan oleh peguam Natthaporn Toprayoon pada Julai memohon bagi pembubaran parti itu.
Dilaporkan sebelum ini, mahkamah mengatakan perbicaraan tidak akan dijalankan kerana terdapat bukti yang mencukupi dalam kes itu.
Dalam respons segeranya, FFP berkata ia telah mengemukakan kepada mahkamah dokumen untuk menentang tuduhan dalam petisyen itu selepas permohonan untuk dibicarakan ditolak.
Sementara itu, Mahkamah Perlembagaan telah memberikan parti itu 15 hari untuk menjawap tuduhan berasingan yang ia telah melangggar undang-undang pilihan raya dengan menerima pinjaman daripada pemimpinnya - Thanathorn Juangroongruangkit.
Suruhanjaya Pilihan Raya memfailkan petisyen awal bulan ini di Mahkamah Perlembagaan untuk membubarkan FFP kerana mendakwa parti itu telah melanggar Seksyen 72 Akta Parti Politk selepas Thanathorn menawarkan pinjaman 191 juta baht kepada partinya dengan pembayaran balik dalam masa tiga tahun.
Bulan lepas, kelayakan Thanathorn, 40, sebagai Ahli Parlimen dibatalkan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah melanggar undang-undang pilihan raya susulan masih menjadi pemegang saham dalam V-Luck Media Company semasa menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand pada 24 Mac.
Susulan pilihan raya umum, FFP menjadi parti ketiga terbesar di negara itu dan menjadi sebahagian daripada blok pembangkang. Ketika ini FFP memiliki 79 Ahli Parlimen, di Dewan Rakyat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bangkok
#Dewan Rakyat
#FFP
#Future Forward Party
#Mahkamah Perlembagaan Thailand
#Natthaporn Toprayoon
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan