awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

22,000 nama anggota Daish, IS dibocorkan kepada stesen TV Sky News

AFP
AFP
10/03/2016
08:12 MYT
22,000 nama anggota Daish, IS dibocorkan kepada stesen TV Sky News
Beberapa kandungan dokumen berkenaan mengandungi maklumat lokasi anggota-anggota militan berkenaan, yang berada di sekitar utara Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, dan juga utara Afrika serta Timur Tengah. - Gambar fail
10,000 dokumen yang mengandungi nama, alamat, nombor telefon serta maklumat keluarga yang dipercayai milik anggota militan Daish (IS) telah didedahkan kepada Sky News, menurut laporan agensi berita berkenaan pada Rabu.
Menurut Sky News, seorang bekas anggota militan berkenaan yang dikenali sebagai Abu Hamed telah menyerahkan dokumen tersebut menerusi satu kad memori yang telah dicuri daripada ketua keselamatan dalaman kumpulan berkenaan.
Ketika menyerahkan dokumen berkenaan, kepada seorang wartawan di Turki, Hamed menjelaskan, dia meninggalkan kumpulan berkenaan kerana menganggap kefahaman berkaitan undang-undang Islam semakin pudar dalam kumpulan itu.
Hamed juga mendakwa kumpulan berkenaan telah berpindah daripada ibu pejabatnya di Raqqa, Syria ke sebuah kawasan padang pasir.
Dokumen berkenaan turut mengandungi borang rekrut militan Daish yang perlu diisi sebelum diterima masuk ke organisasi berkenaan, dan juga beberapa maklumat daripada 51 negara.
“Sky News telah memaklumkan perkara ini kepada pihak penguatkuasa,” kata badan penyiaran berkenaan di laman rasminya. Setakat ini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada kementerian dalam dan luar negara Britain.
Beberapa kandungan dokumen berkenaan mengandungi maklumat lokasi anggota-anggota militan berkenaan, yang berada di sekitar utara Eropah, Amerika Syarikat, Kanada, dan juga utara Afrika serta Timur Tengah.
Bekas pengarah operasi keganasan global di MI6, Richard Barrett, dalam satu kenyataannya di Twitter berkata, dokumen berkenaan akan menjadi satu sumber berharga kepada penganalisis.
This is going to be an invaluable resource for analysts.
— Richard Barrett (@rmdbarrett) March 9, 2016
Salinan dokumen berkenaan turut mendedahkan anggota pelatih perlu menjawab 23 soalan yang termasuk pertanyaan mengenai jenis darah mereka, “tahap kefahaman Syariah” dan pengalaman sebelum menyertai militan berkenaan.
Topic Berkaitan
#Abu Hamed
#militan Daish
#Sky News
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan