23 maut dalam kebakaran kelab malam di Goa, India

Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan menilai tahap pematuhan keselamatan premis hiburan tersebut. - Foto X/The Goan
GOA: Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam satu kejadian kebakaran besar yang memusnahkan sebuah kelab malam di kampung Arpora, Goa Utara, lewat malam Sabtu, menurut Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant.
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam kebakaran besar di kelab malam Birch by Romeo Lane di Goa Utara, menurut Ketua Menteri Pramod Sawant.
- Polis menyatakan kebakaran berpunca dari letupan silinder gas di dapur kelab malam tersebut sekitar tengah malam, dengan semua mangsa terkorban adalah kakitangan kelab.
- Pihak berkuasa sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan menilai tahap keselamatan premis hiburan tersebut, serta keluarga mangsa dijangka menerima bantuan kewangan dari kerajaan negeri.
Ketua Polis Goa, Alok Kumar, memaklumkan bahawa semua mangsa yang terkorban adalah kakitangan kelab malam berkenaan.
“Sebahagian besar mayat ditemui di kawasan dapur, manakala dua lagi ditemui di tangga,” katanya kepada media tempatan.
Pasukan penyelamat dan bomba dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan.
Operasi pemadaman dan pencarian mangsa dijalankan sepanjang malam, dengan kawasan sekitar dikawal ketat oleh pihak berkuasa.
Ketua Menteri Goa, Pramod Sawant, yang melawat lokasi kejadian bersama Ahli Dewan Undangan Negeri tempatan, Michael Lobo, menyifatkan insiden itu sebagai “tragedi besar” bagi negeri yang terkenal sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Beliau turut mengesahkan bahawa tiada pelancong terlibat dalam kejadian tersebut.
Pihak berkuasa kini sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran dan menilai tahap pematuhan keselamatan premis hiburan tersebut.
Beberapa pihak mendesak agar audit keselamatan kebakaran dilakukan ke atas semua premis hiburan di negeri itu bagi mengelakkan tragedi seumpamanya berulang.
Keluarga mangsa yang terkorban dijangka menerima bantuan kewangan daripada kerajaan negeri, manakala pasukan kaunseling turut disediakan bagi membantu mereka yang terjejas secara emosi.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


