Skip to main content

Dunia

Potret dicuri Nazi ditemui dalam rumah waris pemimpin SS Belanda

BREAKING: A painting by Toon Kelder, looted by the Nazis from the famous Jewish art dealer Goudstikker, is still hanging in the house of the granddaughter of the notorious Nazi general Hendrik Seyffardt, head of the Dutch Waffen-SS. Seyffardt was liquidated by the resistance in 1943. The family keeps this a closely guarded secret. Unfortunately in the Netherlands the police are not allowed, due to the statute of limitations, to confiscate the painting.
Lukisan bertajuk 'Portrait of a Young Girl' hasil karya Toon Kelder dipercayai lama tergantung di kediaman keluarga Hendrik Seyffardt. - Foto X/Arthur Brand

AMSTERDAM: Sebuah lukisan yang dicuri oleh Nazi daripada seorang pengumpul seni Yahudi di Belanda semasa Perang Dunia Kedua telah ditemui di rumah waris seorang tokoh kerjasama SS Belanda, menurut detektif seni Arthur Brand.

Lukisan bertajuk 'Portrait of a Young Girl' hasil karya Toon Kelder dipercayai lama tergantung di kediaman keluarga Hendrik Seyffardt, seorang jeneral Belanda yang mengetuai unit Waffen-SS sebelum dibunuh pejuang penentangan pada 1943.

Brand berkata lukisan itu kini telah diserahkan kepada pasukannya.

Karya berkenaan asalnya milik Jacques Goudstikker, pengumpul seni terkenal yang meninggal dunia ketika melarikan diri daripada pencerobohan Nazi pada 1940, meninggalkan lebih 1,000 koleksi lukisan.

Kes ini terbongkar apabila seorang individu yang mendakwa sebagai keturunan Seyffardt tampil dengan rasa “malu” selepas mengetahui keluarganya menyimpan karya curi tersebut selama puluhan tahun.

Menurutnya, neneknya pernah memaklumkan lukisan itu dibeli ketika perang dan mengakui ia adalah seni yang dicuri daripada Goudstikker serta tidak boleh dijual.

Walaupun keluarga itu mengaku memiliki lukisan berkenaan, mereka menafikan mengetahui asal usul sebenar karya tersebut.

Namun, individu berkenaan menghubungi Brand bagi memastikan lukisan itu dikembalikan kepada waris sah.

Siasatan Brand mendapati lukisan itu mempunyai label serta nombor sepadan dengan rekod lelongan pada 1940, di mana banyak koleksi Goudstikker dijual.

Beliau percaya karya tersebut dicuri oleh pemimpin Nazi Hermann Göring sebelum dilelong dan dibeli oleh Seyffardt.

Peguam kepada waris Goudstikker turut mengesahkan bahawa keluarga itu sebelum ini memiliki beberapa karya Toon Kelder yang termasuk dalam jualan tersebut.

Brand menyifatkan penemuan itu sebagai luar biasa dan antara kes paling pelik sepanjang kerjayanya.

Walaupun lukisan itu berpotensi bernilai tinggi, penjualan karya yang dicuri lazimnya menyalahi undang-undang.

Beliau menegaskan keluarga tersebut mempunyai peluang selama puluhan tahun untuk memulangkan lukisan itu, namun tidak berbuat demikian.

Kini, karya berkenaan dijangka akan dipulangkan kepada waris Goudstikker.
 

 

Must Watch Video