Banjir kilat dan tanah runtuh di Indonesia menyebabkan sekurang-kurangnya 24 terbunuh dan lebih 20 orang lagi hilang.
Menurut jurucakap Agensi Bencana Indonesia, Satupo Purwo Nugroho, runtuhan lumpur yang disebabkan banjir itu turut menenggelamkan beberapa buah rumah.
Katanya, hujan lebat yang bermula sejak Sabtu itu mencetuskan keadaan kritikal di seluruh Jawa Tengah dengan ribuan rumah ditenggelami air.
"Data awal menunjukkan kesan banjir dan tanah runtuh di Jawa Tengah telah menyebabkan 24 kematian, dengan 26 yang lain masih hilang," kata Sutopo dalam satu kenyataan.
Rakaman yang disiarkan oleh penyiar tempatan menunjukkan penduduk kampung duduk di atas bumbung mereka bagi menyelamatkan diri.
Kawasan yang terdedah kepada tanah runtuh di wilayah yang padat dengan penduduk adalah yang paling teruk terjejas, dengan kenderaan dan berpuluh-puluh rumah dihancurkan oleh di telan lumpur yang deras.
Di satu daerah, lima orang lemas di dalam rumah setelah banjir lumpur melanda kampung mereka.
Manakala dalam satu kes berasingan, sembilan orang terbunuh kerana cuba untuk membersihkan runtuhan dari sebatang jalan.
"Tanah runtuh besar melanda kereta dan orang-orang di jalan secara tiba-tiba. Sembilan mayat telah ditemui.
“Pasukan mencari dan menyelamat sedang berusaha mencari 26 yang masih hilang. Tempat perlindungan sementara telah didirikan untuk membantu mereka yang berpindah dari zon bencana,” beritahu Satupo.
Tanah runtuh bukan kejadian luar biasa kepulauan tropika Indonesia yang sering terdedah kepada bencana alam dan hujan lebat.
Bulan lalu, 15 pelajar yang bercuti di-dua tempat yang popular di barat Indonesia maut apabila tanah runtuh melanda kawasan kem mereka.
Agensi
Sun Jun 19 2016
Hujan lebat yang bermula sejak Sabtu itu mencetuskan keadaan kritikal di seluruh Jawa Tengah dengan beribu-ribu rumah ditenggelami air. - Foto AFP
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
PBB lulus resolusi desak gencatan senjata segera di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meluluskan resolusi yang menyeru gencatan senjata segera, tanpa syarat, di Gaza walaupun ditolak oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel.
Rusia larang rakyatnya kunjungi AS
Menerusi satu taklimat, Rusia memberi amaran kepada rakyatnya supaya tidak mengunjungi Amerika Syarikat (AS) dan negara Barat lain, atas alasan mereka boleh ‘diburu’ oleh pihak berkuasa di negara tersebut.
Indonesia laksanakan operasi pengubahan cuaca untuk kurangkan hujan lebat di Jawa Barat
Indonesia telah melancarkan operasi pembenihan awan untuk mengurangkan kesan hujan lebat dan risiko banjir di Sukabumi dan Cianjur.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
KPM akan guna SOP baharu bagi sekolah berisiko dilanda banjir tahun depan
Kementerian Pendidikan (KPM) akan menggunakan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi pengurusan sekolah yang berisiko dilanda banjir bermula tahun depan.
Amaran hujan berterusan di lima negeri hingga esok
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri hingga esok.
Banjir: Kos keseluruhan baiki jalan rosak dianggarkan RM312.1 juta setakat semalam - Nanta
Ia merangkumi RM247 juta bagi menyelenggara jalan Persekutuan, RM40.3 juta untuk pembaikan cerun jalan Persekutuan, manakala jalan negeri melibatkan kos RM24.8 juta.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
Banjir di Kelantan pulih, PPS terakhir ditutup petang ini
PPS Sekolah Kebangsaan Limau Kasturi 1 yang menempatkan 41 orang ditutup sekitar 5 petang tadi.
Kebersihan Bandaraya Diraja Klang: Selangor terima teguran Sultan Sharafuddin
Kerajaan Selangor menerima dengan hati terbuka teguran Sultan Sharafuddin yang menzahirkan keprihatinan berhubung tahap kebersihan di Bandaraya Diraja Klang.
Mangsa banjir di Pantai Timur meningkat, Perak, Johor kekal
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan berterusan di beberapa negeri sehingga esok, termasuk Perlis, Kedah, Perak, Kelantan, dan Terengganu.
Semakin ramai mangsa banjir di Pantai Timur, Johor ditempatkan di PPS
Situasi banjir di Pantai Timur dan Johor bertambah buruk malam ini apabila semakin ramai mangsa ditempatkan di PPS.