awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

25 negeri AS saman pentadbiran Trump kerana sekat dana bantuan makanan

Bernama
Bernama
29/10/2025
08:44 MYT
25 negeri AS saman pentadbiran Trump kerana sekat dana bantuan makanan
Mereka memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump untuk mencabar keputusan kerajaan bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk menggunakan dana kecemasan bagi mengekalkan bantuan makanan kepada jutaan rakyat. - Gambar/ AP
WASHINGTON: Gabenor Demokrat dan peguam negara dari 25 negeri Amerika Syarikat (AS) memfailkan saman terhadap pentadbiran Trump pada Selasa, mencabar keputusan kerajaan bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk menggunakan dana kecemasan bagi mengekalkan bantuan makanan kepada jutaan rakyat AS bulan depan, lapor Xinhua.
Pegawai terbabit, termasuk dari California, New York serta District of Columbia mengumumkan bahawa mereka menyaman Jabatan Pertanian AS (USDA) kerana menggantung faedah di bawah Program Bantuan Makanan Tambahan (SNAP) secara tidak sah ketika penutupan kerajaan persekutuan yang sedang berlangsung.
Saman di mahkamah persekutuan yang difailkan di Massachusetts itu memohon agar hakim menyekat perintah pentadbiran sebelum ini yang mengarahkan negeri-negeri menggantung faedah dan memerintahkan USDA menggunakan semua sumber yang ada untuk meneruskan pemberian faedah SNAP pada November.
"Jutaan rakyat Amerika bakal berdepan kelaparan kerana kerajaan persekutuan memilih untuk menahan bantuan makanan yang diwajibkan di bawah undang-undang untuk diberikan," kata Peguam Negara New York Letitia James dalam satu kenyataan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#saman Trump
#kebajikan rakyat
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami