HYDERABAD: Air India melanjutkan penggantungan penerbangan ke beberapa bandar utama di Arab Saudi susulan ketegangan ketenteraan di rantau itu.
“Berikutan situasi semasa di rantau ini, penerbangan Air India dan Air India Express dari dan ke Riyadh serta Dammam akan terus digantung sehingga 30 Nov 2026,” menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan pada Jumaat.
“Penerbangan dari dan ke Jeddah pula akan terus digantung sehingga 21 Nov 2026,” menurut kenyataan itu.
Serangan oleh kumpulan Houthi dari Yaman terhadap kemudahan penerbangan dan infrastruktur Arab Saudi telah mencetuskan kecaman meluas masyarakat antarabangsa.
Perjalanan ke rantau Asia Barat turut terjejas akibat ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dengan Iran.
-- BERNAMA